Friday, May 31, 2013

Lelaki Seludup Janin Panggang Bersalut Emas

Seorang lelaki warganegara British, Hok Kuen Chow ditahan pihak berkuasa Thailand baru-baru ini dalam cubaan menyeludup enam janin yang telah dipanggang dan bersalut emas ke Taiwan.


Lelaki  yang dilahirkan di Hong Kong  ini mengaku kepada pihak polis bahawa dia memang mempunyai niat untuk menjual janin-janin tersebut ke Taiwan.


Hok Kuen Chow dilaporkan telah membeli janin ini dengan harga US $ 6.500 dari "agen" yang tidak disebut namanya. Dan dia dijangka akan menjualnya kembali di Taiwan dengan harga lebih tinggi iaitu enam kali ganda.


Menurut laporan daripada pihak polis, para pelanggan Hok Kuen Chow di Taiwan menggunakan janin-janin tersebut bagi tujuan ritual ilmu hitam yang dipercayai boleh membawa keuntungan besar dalam bidang perniagaan.




No comments:

Post a Comment