Saya Tak Kenal Nas-T – Amy Search

on Wednesday, April 24, 2013


Kata orang, kalau nak mengorat anak, kenalah mengorat mak ayahnya terlebih dahulu. Mungkin selepas ini Nas-T boleh pergi berjumpa dengan ayah Nabila Huda, Amy Search untuk memohon restu hubungan percintaan mereka.
amy search
Ini kerana Amy Search mengakui tidak mengenali Nas-T. Namun begitu, Amy Search tidaklah menghalang perhubungan mereka berdua. Kata Amy kepada MalaysianDigest:-
Saya tak tahu apa-apa tentang kisah hubungan cinta dia (Nabila) sehinggalah saya membaca surat khabar. Sebagai bapa, tentunya saya mahukan dia berbahagia dan mendapat pasangan yang baik. Apapun hubungan mereka masih baru lagi. Saya tak kenal Nas-T, tak tahu yang dia artis. Saya belum jumpa lagi dengan dia. Tapi Kalau Nas-T adalah orang yang betul-betul sesuai dengan Nabila, saya rasa hubungan itu haruslah kekal. Nabila dan Nas-T juga kena saling memahami, sebagai manusia biasa mereka perlu mengenali hati budi dan saling menerima buruk baik diri masing-masing
nabila nas-t
Diharap Amy Search turut sama dapat memberi nasihat kepada Nas-T dan Nabila Huda agar tidak terlalu menonjolkan kelakukan mesra mereka. Memanglah sedang mabuk bercinta, tetapi kalau setiap masa nak tunjuk gambar berpeluk, buat orang meluat sahaja. Lagi bagus kalau Amy Search boleh suruh mereka kahwin cepat-cepat. Lebih afdhal gitu ~~


sumber : beautifulnara

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved