Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi Tahun 2013 akan dibuka kepada sekolah mulai 29 April 2013 ini. Permohonan ini terbuka kepada murid - murid dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 bagi program BKP manakala para pelajar Tingkatan 6 pula boleh memohon biasiswa BKPU.
1. Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 – BKP
2. Tingkatan 6 Atas – BKPU
Semua sekolah perlu mengakses Aplikasi Pengurusan Bantuan ( ABP ) melalui alamat ini http://biasiswa.sekolahmalaysia.com/ bagi mengemaskini maklumat akademik dan ko-kurikulum murid yang layak memohon. Pembahagian zon untuk sekolah-sekolah mengakses APB adalah seperti berikut :-
1. Zon A : 29 April – 05 Mei ( Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan dan Terengganu )
2. Zon B : 06 Mei – 12 Mei ( Selangor, Johor, Pahang, Melaka, WP Kuala Lumpur dan Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) )
3. Zon C : 13 Mei – 19 Mei ( Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan )
Sehubungan itu, sila pastikan maklumat murid di dalam Aplikasi Pengurusan Data Murid ( APDM ) telah dikemaskini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi JPN yang menyelia sekolah masing-masing ( kecuali SBP terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan).
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment