Cara Mengikat Tali Leher

on Sunday, April 28, 2013




Selalunya, ramai antara kita yang bersusah payah mengikat tali leher. Hinggakan ada yang membeli yang siap berzip sahaja. Tapi bagaimana jika yang tersayang menghadiahkan tali leher sutera berjenama. Perlu diikat sendiri.
Gunakan tutorial ini untuk belajar mengikat tali leher anda
ASCOT

BOW TIE
CROSS KNOT

FOUR IN HAND

WINDSOR

PRINCE ALBERT

SMALL KNOT

selamat mencuba.. 

Zhafranlah Calon Suami Fouziah Gous


Kehidupan cinta Fouziah Gous sememangnya penuh dengan ranjau. Sebelum ini Fouziah pernah digosipkan bercinta dengan seorang VVIP. Malah rakan baiknya, Iqram Dinzly juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengannya. Senang cerita, tak putus-putus nama yang dikaitkan dengan si jelita ini.
zhafran fouziah
Namun akhirnya identiti jejaka yang berjaya mencuri hati Fouziah Gous dikongsi juga olehnya menerusi Instagram baru-baru ini. Nama si jejaka ini ialah Zhafran Yusof dan berumur 30 tahun. Mereka berdua telah pun menjalani kursus kahwin baru-baru ini dan bakal bertunang pada bulan Mei atau Jun ini.
fouziah gous
Fouziah Gous hari ini bercerita panjang lebar mengenai hubungannya dengan Zhafran menerusi Harian Metro. Kata Fouziah Gous:-
Baru sekarang saya meletakkan gambar saya dan teman lelaki (Zhafran) dalam Instagram iaitu selepas kami menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini. Sebelum ini bukan niat saya mahu menyembunyikan hubungan kami, tetapi sealgi tiada yang pasti, saya tak mahu heboh.
Selama ini orang selalu menuduh saya berkawan dengan orang itu dan ini. Malah, ada juga ketika saya sedang berkawan dengan orang lain, nama orang lain pula yang naik. Tak pasal-pasal saya menjadi mangsa fitnah sehingga ada yang menuduh saya kononnya sudah berkahwin dengan seorang individu dan mereka ternampak saya dan “suami” meninjau rumah baru kami yang dalam pengubahsuaian.
Semua cerita itu mengarut. Oleh itu untuk berlaku adil terhadap Zhafran, saya paparkan gambar kami berdua dalam Instagram supaya peminat dan masyarakat tahu dialah calon suami saya.
Sebaik saja saya gambar itu dimuatkan dalam Instagram, ramai yang cuba menghubungi saya termasuklah rakan media. Dengan paparan gambar itu, saya berharap lenyaplah segal spekulasi siapa yang bertakhta di hati saya ketika ini. Zhafranlah orangnya dan bukan juga seorang VIP seperti yang disangkakan selama ini.
Saya lebih suka bercinta selepas berkahwin untuk mengelakkan berlakunya perkara yang kurang manis dan melanggar batasan agama. Tak bagus saya keluar Zhafran tanpa sebarang ikatan. Insya-Allah majlis perkahwinan dan persandingan kami pun akan disegerakan.
zhafran
Semoga dengan penjelasan panjang lebar ini, tiada lagi suara-suara sumbang mengenai status percintaan Fouziah Gous. Marilah sama-sama kita doakan agar perancangan Fouziah untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan. Pasti ramai peminat yang tak sabar untuk melihat Fouziah menjadi raja sehari. Amin,..


sumber : beautifulnara

Apabila Kuasa Dragon Ball Menjadi Kenyataan

on Saturday, April 27, 2013




Aksi kuasa Dragon Ball kini menular hebat di negara Jepun. Aksi ini sebenarnya digelar "kamehameha" dan telah menjadi satu trend bagi jurugambar di Jepun. Aksi kamehameha" banyak dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah yang sangat kemaruk dengan siri animasi tersebut....

Jom layan gambar kuasa Dragon Ball di bawah ini...

































(Sumber : kezoom.blogspot.com )

Trend Terbaru Awek Di China

Beginilah trend terbaru senaman awek-awek di negara China. Mungkin semuanya sedang demam gimnastik.... lentik habis ngeri juga bila melihatnya.

Walau bagaimanapun, tolong jangan tiru aksi merbahaya ini di rumah.











.....Golongan lelaki dan haiwan peliharaan juga terpengaruh dengan trend ini. haha.






(Sumber : kezoom.blogspot.com)

Selepas Adi Putra, Linda Onn Pula Tarik Diri Dalam ABPBH




Linda berasa bersalah terhadap para peminatnya yang melahirkan rasa kecewa ekoran kegagalannya merangkul trofi dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular walaupun mereka bertungkus lumus membuat undian.
PETALING JAYA: Selepas pelakon Adi Putera, penyampai radio Suria FM, Linda Onn juga akan mengikut jejak serupa iaitu enggan dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kerana mahu menjaga hati peminat.

Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn, 36, berkata, dia berasa bersalah terhadap para peminatnya yang melahirkan rasa kecewa ekoran kegagalannya merangkul trofi dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular walaupun mereka bertungkus lumus membuat undian.

"Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata-mata kerana peminat saya.

"Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu walaupun telah bersusah payah melakukan undian," jelasnya kepada mStar Online.

Selain Datuk Siti Nurhaliza, baru-baru ini pelakon Adi Putra juga melahirkan hasrat sama untuk tidak lagi bertanding dalam ABPBH pada tahun hadapan. Adi bagaimanapun tidak akan menolak untuk dicalonkan pada tahun-tahun berikutnya.

Pada ABPBH 2012, kategori penyampai radio wanita popular di menangi oleh Fara Fauzana. Penyampai radio Hot FM itu memenanginya sejak 2007.


Linda yakin walaupun tidak lagi bertanding di ABPBH peminat akan sentiasa menyokong kerjayanya sebagai penyampai radio.

Dalam pada itu, Linda berkata, keputusannya itu juga dapat memberi laluan kepada muka-muka baru untuk dicalonkan dalam kategori tersebut pada masa hadapan.

Linda berkata, para peminatnya juga pasti akan memahami dengan penarikan dirinya itu dan tidak meragui sokongan mereka selama ini.

"Saya sudah puas dicalonkan dan menang dalam kategori itu dan tiba masanya laluan diberikan kepada wajah-wajah baru malah saya yakin peminat akan terus menyokong kerjaya saya walaupun tidak bertanding," katanya.

Bagaimanapun Linda tidak menafikan, kegagalannya mempertahankan anugerah itu selama beberapa tahun sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya sebagai penyampai radio.

"Apabila kerap dicalonkan dan tidak menang sedikit sebanyak reputasi saya turut terjejas. Jadi keputusan ini saya lihat adalah terbaik dan peminat juga kini lebih mementingkan kualiti daripada populariti," katanya.

Dalam perkembangan sama, Linda berkata, walaupun tidak mahu lagi bertanding dalam ABPBH, dia akan sentiasa menyokong anugerah tersebut pada masa hadapan jika diminta berbuat demikian.

"Keputusan ini bukan bererti saya enggan bekerjasama lagi dengan BH sebaliknya akan terus menyokong segala program yang akan diatur kelak.

"Jasa mereka sangat besar dalam karier saya dan ABPBH juga yang memperkenalkan anugerah untuk mengangkat penyampai radio di negara ini," jelasnya.

Untuk rekod, Linda pernah menggondol trofi menerusi kategori berkenaan sebanyak enam kali berturut-turut sejak dicalonkan pada tahun 2001.



Sumber : Forum Cari




Memey Belajar Bertudung Dengan Abby Abadi?


Memey Belajar Bertudung Dengan Abby Abadi?

  KL, 22 APRIL 2013: Kagum Admin bila melihat gambar Abby Abadi, Memey Suhaiza serta Norman Hakim yang bersama-sama hadir ke hari sukan anak mereka pada hujung minggu lalu.
Lebih manis lagi apabila admin lihat Memey hadir ke sekolah anak tirinya itu dengan memakai tudung litup.
Wahh betulkah Memey kini sudah berubah imej kepada penampilan bertudung dan sedang berhijrah? Kalau betul, baguslah.

    Lagipun sebelum ini, Admin ada dengar Memey sedang cuba untuk berhijrah sedikit demi sedikit selepas melihat Abby mula bertudung.

    Jika benar Memey mahu terus dengan imej bertudung itu, Murai Batu tumpang gembira dan sokong 100%!
Seronok lihat mereka sekeluarga, Admin lihat mereka seperti keluarga bahagia apabila ada sekeping foto yang dimuat naik ke laman Instagram Abby memperlihatkan gambar Norman bersama isterinya Memey dan anak kecil mereka serta Abby.

    Mereka semua mengenakan pakai warna merah, mungkin kerana anaknya mewakili rumah warna merah.
Murai Batu memang sangat kagum dengan 2 wanita ini kerana susah untuk melihat wanita setabah mereka



sumber : Murai.com

Mati Kerana Aksi Terjun Jambatan 40 Meter (Parkour)



Seorang remaja lelaki di China yang berusia 21 tahun mati ketika cuba melakukan aksi "Parkour". Wang Zijian peminat tegar aksi "Parkour" dikatakan telah cuba melakukan aksi "Parkour" dengan terjun dari jambatan Sungai Tuojiang yang setinggi 40 meter.



Setelah Wang menyerahkan dompet dan telefon bimbitnya kepada rakan yang lain, beliau kelihatan bersedia untuk melakukan terjunan. Rakannya juga telah bersedia untuk merakamkan aksi terjunan Wang berkenaan.


Namun, malang bagi beliau kerana aksi itu adalah aksi "Parkour" yang terakhir dilakukan olehnya. Wang dipercayai mati akibat lemas setelah pengsan kerana kesan kuat hentaman air keatas badannya.











(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan dari laman kezoom.blogspot.com)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved