Leuniey Natasha Baru Sahaja Berhijab Penuh Sejak 2 Minggu Lalu

on Friday, May 31, 2013

Kalau anda pengikut setia Instagram Leuniey Natasha, anda pasti akan perasan yang semenjak dua ini kebanyakan gambar yang dikongsikan oleh Leuniey menunjukkan dirinya bertudung. Namun ramai yang tertanya-tanya sama ada Leuniey sudah berhijab sepenuhnya atau sekadar mencuba sahaja.



Terbaru menerusi portal Murai, Leuniey membuat pengakuan yang dirinya sudah berhijab sepenuhnya sejak 2 minggu lalu. Kata Leuniey:-
Sebenarnya saya baru sahaja berhijab penuh sejak 2 minggu lalu dan sekarang sedang dalam proses untuk biasakan diri bertudung apabila keluar. Bukan apa, terus-terang saya sudah lama simpan niat untuk bertudung ini Cuma tunggu masa saya benar-benar bersedia untuk tampil kekal dengan berhijab. Tak mahu lah jadi bila rimas dan panas saya suka-suka bukak.

Pasti Apek adalah orang yang paling gembira dengan penghijrahan ini. Agak menarik membaca perkongsian kisah penghijrahan Leuniey yang mengalami kepayahan ketika mula-mula berhijab. Kata Leuniey:-
Mula-mula susah juga nak sesuaikan diri dengan bertudung setiap masa apabila di luar, yelah dengan cauca yang agak panas dan sebagainya. Lama kelamaan selepas belajar bagaimana hendak bertudung, saya pun kini sudah semakin selesa dan tenang dengan penghijarahan ini

Leuniey dan Apek akan pergi mengerjakan umrah bersama-sama pada bulan Ramadhan ini. Jadi Leuniey mengambil persediaan dengan memakai tudung sepenuhnya sebelum ke Tanah Suci kelak. Apa-apa pun, tahniah kepada Leuniey atas penghijrahan ini. Semoga hidup anda dan suami akan lebih bahagia dan dirahmati selepas ini

Tuah Terlalu Kacak, Wanita Misteri Beri Mercedes


OTTAWA - Seorang lelaki yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.

Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.

Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.

“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.

Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban

Gambar, Bayi Ajaib Terselamat Walaupun Di Pam Ke Dalam Paip Tandas

  Seorang bayi yang baru dilahirkan tetapi telah dipam masuk kedalam paip tandas akhirnya 
diselamatkan anggota bomba dalam satu kejadian di China.


Bayi berkenaan diselamatkan dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak 
betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa orang pejalan kaki mendengar
 dia menangis



Polis yang menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan 
gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, 
bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang




Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya
 bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.


Doktor yang memotong paip itu terpaksa berhati-hati bimbang kecederaan bayi, kerja
 tersebut dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 
kilogram itu.



Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena
 nombor inkubatornya, selamat dan stabil.



Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam
 dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu.



Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan
 membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. Adakah 
mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding 
kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.”



Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang
 dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga
 yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak.













Lelaki Seludup Janin Panggang Bersalut Emas

Seorang lelaki warganegara British, Hok Kuen Chow ditahan pihak berkuasa Thailand baru-baru ini dalam cubaan menyeludup enam janin yang telah dipanggang dan bersalut emas ke Taiwan.


Lelaki  yang dilahirkan di Hong Kong  ini mengaku kepada pihak polis bahawa dia memang mempunyai niat untuk menjual janin-janin tersebut ke Taiwan.


Hok Kuen Chow dilaporkan telah membeli janin ini dengan harga US $ 6.500 dari "agen" yang tidak disebut namanya. Dan dia dijangka akan menjualnya kembali di Taiwan dengan harga lebih tinggi iaitu enam kali ganda.


Menurut laporan daripada pihak polis, para pelanggan Hok Kuen Chow di Taiwan menggunakan janin-janin tersebut bagi tujuan ritual ilmu hitam yang dipercayai boleh membawa keuntungan besar dalam bidang perniagaan.




Tabung Mangsa Bot Ekspres Belaga




SIBU: Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa bot karam di Belaga boleh menghulurkan sumbangan ke Tabung Mangsa Bot Ekspres Belaga di Pejabat Residen Sibu.

Residen Bahagian Sibu Sim Kok Kee berkata, orang perseorangan, pertubuhan, agensi awam dan swasta, badan korporat dan dermawan di bahagian ini boleh menghulurkan sumbangan atau derma mereka ke tabung terbabit.

“Orang ramai boleh menghulurkan derma atau sumbangan mereka ke tabung ini bermula 31 Mei hingga 30 Jun,” ujarnya pada satu sidang media, petang semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Bahagian Sibu Dr Zufar Yadi Brenden Abdullah.

Menurut Sim, orang ramai boleh menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai atau cek di Pejabat Residen Sibu di Tingkat 9, Wisma Sanyan pada waktu pejabat.

Di samping itu, katanya, orang ramai juga boleh menghulurkan sumbangan mereka di Pejabat Daerah Kanowit dan Pejabat Daerah Sela-ngau.

“Ramai pihak yang prihatin serta ingin menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa bot karam tetapi tidak tahu saluran yang betul.

“Oleh itu, mulai esok (hari ini) mereka boleh menghulurkan sumbangan tersebut kepada Tabung Mangsa Bot Ekspres Belaga untuk disalurkan kepada mangsa yang terlibat,” katanya sambil menambah Pejabat Residen di sini hanya membantu mengumpul derma daripada orang ramai.

Pejabat Residen Sibu, jelas Sim, tidak terlibat dalam pengagihan derma kepada mangsa, sebaliknya kerja-kerja pengagihan ini dilakukan oleh Pejabat Residen Kapit.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai tabung ini, boleh menghubungi Pejabat Residen Sibu melalui talian 084-321963, 084-332581 dan 084-330202.


Berenang 2.5km ke Tebing Sungai




Kapit: Dua mangsa tersenarai sebagai hilang dalam tragedi bot karam di Jeram Bungan (Tanjong Giam), Sungai Rejang Selasa lalu, iaitu Hendry Ayo Linggi, 35, dan Akong Empan, 50-an, dilaporkan selamat. 

Kedua-dua mereka kini bersama keluarga di rumah panjang Nanga Ensawi, di sini, selepas pulang terus sebaik berjaya menyelamatkan diri pada hari kejadian, Selasa lalu. 
Pada hari kejadian, kedua-dua mereka berjaya menyelamatkan diri dengan berenang sejauh 2.5 kilometer sebelum berehat keletihan di tebingan Sungai Rejang. 


Anak saudara Hendry, Connie Menai (gambar), 25, berkata pakciknya bersama Akong bernasib baik kerana sebuah tongkang minyak kebetulan melalui kawasan nahas bot karam dan melihat mereka keletihan di tebing sungai. 

Keletihan 

Mereka berenang sejauh 2.5 kilometer sebelum berehat di tebingan sungai kerana keletihan. Selang setengah jam selepas itu, ada tongkang minyak lalu dan mereka menumpang tongkang berkenaan. Kira-kira jam 3 petang, hari sama, mereka selamat sampai ke rumah panjang, katanya. 

Beliau ditemui selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit, semalam. 
Connie tampil membuat laporan selepas nama Hendry dan Akong tersenarai di kalangan mereka yang masih hilang seperti diumumkan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, kelmarin.


[Sumber]



Permohonan Murid Ke Sekolah Seni Malaysia 2014 KPM


Permohonan murid ke sekolah seni Malaysia 2014 terbuka kepada calon UPSR yang berbakat dalam bidang seni. Sesiapa yang berminat, anda digalakkan untuk membuat permohonan kemasukan ke sekolah seni Malaysia dibawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikut adalah syarat dan cara untuk buat permohonan:

Syarat Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut:
(seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater)
3. Tdak cacat
4. Lulus Uji Bakat
5. Memp
eroleh keputusan dengan minimum 3B atau setara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun    2013
Permohonan Online
1. Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya September 2013 di laman http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan/
2. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke sesi uji bakat

Makan Ikan Boleh Memanjangkan Usia?




Bagi mereka yang telah berusia 65 tahun dan ke atas serta mengambil makanan yang mengandungi banyak protein seperti ikan dikatakan mampu memanjangkan usia sekurang-kurangnya dua tahun lebih berbanding dengan mereka yang tidak mengambil asid lemak omega-3 yang biasanya didapati dalam makanan laut.

Menurut satu kajian dari Amerika Syarikat, mereka yang memiliki tahap asid lemak omega-3 lebih tinggi juga secara keseluruhannya dapat mengurangkan sebanyak 27% risiko kematian lebih awal.

Ia juga mengurangkan sehingga 35% risiko mati akibat sakit jantung berbanding mereka yang mempunyai tahap darah lebih rendah.

Penyelidikan yang diketuai oleh saintis di Sekolah Kesihatan Harvard dan telah disiarkan di Annals of Internal Medicine.

Penyelidikan yang lain juga menunjukkan perkaitan antara asid lemak omega-3 dan risiko penyakit jantung, kajian terbaru tersebut telah memeriksa rekod orang lebih tua untuk menentukan sebarang perkaitan antara makan ikan dan risiko kematian.

Penyelidik melakukan imbasan terhadap data 16 tahun membabitkan 2,700 orang dewasa yang berusia dalam lingkungan 65 tahun dan ke atas.

Responden kajian tidak mengambil makanan tambahan minyak ikan, bagi mengelak kekeliruan pengambilan makanan tambahan dan perbezaan diet. - AGENSI

[Sumber]

"Video Syarifah Sakinah Video Bodoh" - Sharifah Syahira

Kakak kepada Sharifah Sakinah iaitu Sharifah Sahira akhirnya meluahkan rasa kecewa beliau terhadap perbuatan adiknya memuat naik beberapa video nakal yang menimbulkan kontroversi dan banyak spekuasi negatif rakyat di negara kita umumnya.


Bermula dengan video dari akaun Anzalna yang memperkatakan warna pakaian dalamnya, Sharifah Sakinaz kebelakangan ini semakin kerap memuat naik video di laman Keeknya.



Walaupun menerima kecaman hebat, Sakinah tidak peduli malahan berterus merakam dan memuat naik video-video lain. Ada sesetengahnya seperti sengaja memerli orang-orang yang mempertikaikan niatnya merakam video sebelum ini.


Sharifah Shahira kakak si Shafinaz atau lebih mesra dipanggil Shiera menulis sesuatu di akaun Twitter miliknya mengenai sikap adiknya itu.



Dari apa yang ditulis, dianggarkan Shiera menganggap video-video yang dibuat oleh adiknya itu adalah kurang bijak dan tidak elok.


Sebelum ini Sakinah ada memberitahu kepada pihak media yang ahli keluarganya memahami sikapnya yang gila-gila. Tapi mungkin kali ini Shiera melihat perangai adiknya itu sudah keterlaluan dan memberikan sedikit respon menerusi akaun Twitternya.


Atau sebenarnya Sharifah Shahira turut memerli rakyat Malaysia dengan ayat beliau ini.. "tak marah...bagi tau sharing...banyak lagi nak pikir...kesian ke rakyat msia yg prihatin tak tentu hala...mana ntah arahnya"


#Erghhh....ntah laaaa...tapi segila-gila Syarifah Sahira tak le segila adiknya yang sorang nih...







KEEK Sharifah Sakinah Dengan Zip Terbuka?

on Thursday, May 30, 2013

Sejak kebelakangan ini, nama Sharifah Sakinah agak hangat diperkatakan.  Mungkin disebabkan oleh beberapa video beliau yang menerima sambutan hangat daripada orang ramai.




Terbaru, Sharifah memuatnaik satu lagi video panas, kali ini bercakap pula mengenai zip seluarnya yang terbuka.  Zip seluar terbuka? Nampaknya sekali lagi Sharifah Sakinah seolah-olah sengaja mengundang 
kontroversi. Katanya hari video itu diambil adalah hari lahir dia yang ke 24.


# Walau bagaimanapun, selamat hari jadi Sharifah Sakinah. Lain kali tu pastikan zip seluar terlebih dahulu sebelum buat video. 


Origami yang Menarik!

Apa khabar semua?! Baiklah, entry kali ini bercerita pasal Origami pula.  Origami merupakan satu teknik lipatan kertas ataupun kain. Tapi, yang menariknya, wang kertas yang mempunyai gambar tokoh - tokoh terkemuka juga boleh dibuat origami. Mari kita lihat gambar - gambar origami dibawah ini. 













GEMPAR!!! BOT EXPRESS BELAGA KARAM

on Wednesday, May 29, 2013

  


 Difahamkan satu tragedi berlaku melibatkan bot ekspres yang karam di Belaga. Menurut sumber, bot malang berkenaan membawa penumpang yang melebihi sehingga mengakibatkan bot tersebut terbalik.

Jumlah mangsa belum ditentukan dan belum ada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Difahamkan YB Liwan berada di tempat kejadian masa ini.

Admin akan membawa perkembangan terbaru dari semasa ke semasa.

Pegawai Daerah Belaga mengesahkan bot ekspress itu karam 1 jam selepas berlepas dari Jeti Belaga pada jam 8.00 pagi.

Sumber : MantakKayau

Afiq Harus Mohon Maaf Dan Sujud Di Kaki Ibunya.

      Datin Zaiton Mohd Jiwa ialah penerbit terkenal dan juga merupakan pemilik Station Global Sdn Bhd yang telah menerbitkan drama-drama popular seperti Adam Dan Hawa dan Sehangat Asrama. Mesra dengan nama panggilan Kak Ton, beliau telah memberikan sedikit nasihat kepada Afiq Muiz yang merupakan artis residen syarikatnya.




     Antara nasihat yang diberikan oleh Kak Ton ialah Afiq harus segera memohon maaf dan sujud di bawah kaki ibunya. Kata Kak Ton kepada Utusan Malaysia:-
Walau seburuk atau sejahat mana mak, dia tetap mak Afiq. Sebagai anak, Afiq harus mohon maaf dan sujud di kakinya. Afiq perlu lakukan itu dengan ikhlas bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk. Kak Ton banyak beri nasihat pada Afiq tentang hubungannya dengan mak dia. Sebagai seorang ibu, Kak Ton sedih melihat perkara ini berlaku pada Afiq dengan mak dia kerana seorang anak perlukan doa dan restu ibu untuk berjaya. Kak Ton kata pada dia, walau apa sekali perangai mak terhadap kita, sebagai anak kita perlu mengalah dan mohon maaf kerana syurga di bawah telapak kaki ibu.


     Menurut Kak Ton, satu drama yang membabitkan Afiq Muiz terpaksa ditangguhkan kerana kontroversi yang telah berlaku. Admin agak tertarik mendengar kata-kata Kak Ton mengenai Afiq Muiz di awal kemunculannya. Kata Kak Ton:-
Kak Ton ambil Afiq sebab pertama kali lihat dia, Kak Ton tengok budak ini tidak cakap banyak dan hormat orang tua. Lagipun Kak Ton sudah ada beberapa projek untuk dia, jadi untuk memudahkan dia, Kak Ton ambil Afiq jadi artis residen bermula awal tahun ini. Tak sangka pula perkara begini boleh berlaku. Apa pun Kak Ton tidak boleh sewenang-wenang menyingkirkan dia sebab semua itu sudah tertakluk kepada kontrak. Sekarang ini Kak Ton hanya boleh berdoa dan berharap agar stesen televisyen tidak meminggirkan dia kerana kalau itu terjadi kasihan budak itu.


     Adakah Afiq Muiz besar kepala apabila popularitinya semakin meningkat? Entahlah. Sekarang ini dengar ceritanya pun kebanyakan stesen televisyen dan media massa akan memboikot Afiq Muiz sekiranya dia tidak memohon maaf kepada ibunya. Sudah ramai yang memberikan nasihat kepada Afiq Muiz. Jadi terpulanglah kepada Afiq untuk mengikuti mana-mana nasihat yang dirasakan sesuai untuk dirinya. Amin nak bagi nasihat untuk Afiq Muiz yang syurga terletak dibawah tapak kaki ibu.


Sumber : beautifulnara

One Direction Minum Teh Pudina Ganti Arak

on Sunday, May 19, 2013




One Direction Minum Teh Pudina Ganti Arak | KUMPULAN One Direction membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang minuman beralkohol sebelum mengadakan persembahan pentas.
Menurut laporan portal Manchastereveningnews.co.uk, kumpulan yang dibarisi ahli Niall Horan, Zayn Malik, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Liam Payne, ingin mengubah cara kerja yang lebih sihat di mana hanya teh pudina sahaja yang akan diminum mereka.
"Pihak pengurusan kumpulan itu telah meminta teh pudina berbanding dengan permintaan biasa artis lain yang inginkan minuman beralkohol.
"Mereka enggan dilihat tidak berdisiplin atau tidak fokus apabila bersama-sama peminat.
"Mereka juga tidak mahu menjejaskan momen indah bersama peminat-peminat mereka," kata sumber.

Pakar Solek Hollywood Cipta Hidung Palsu Untuk Wanita Indonesia

on Thursday, May 9, 2013



Seorang wanita Indonesia yang terpaksa hidup selama tiga tahun tanpa hidung akibat dipotong oleh suaminya yang panas baran, kini mampu tersenyum semula atas usaha Alec Gilis, seorang jurumekap kesan khas dari Hollywood.

Gillis berjaya mereka hidung palsu untuk Yustince, 30, yang dibuat mengikut acuan hidung wanita berkenaan.

Beliau yang pernah memenangi Oscar bagi solekan kesan khas telah terlibat untuk filem-filem Hollywood seperti Jumanji, Alien vs Predator dan Cast Away.

“Kebiasaannya saya menghasilkan solekan khas untuk menakutkan orang, namun kali ini saya gembira kerana solekan itu mampu menghilang parut di muka Yustince,’’ katanya.

Yustince dan Gillis dipertemukan oleh Grossman Burn Foundation iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang bukan bertujuan untuk mencari keuntungan.

Selepas hidung palsu itu siap, Gillis sanggup terbang ke Jakarta untuk memasang hidung berkenaan pada Yustince.

“Saya melihat mukanya dari dekat apabila cermin dihulurkan ke tangannya.

“Dia hanya mendiamkan diri dan membelek wajahnya daripada semua sudut. Kemudian terpancar senyuman yang saya lihat sama seperti senyuman Mona Lisa,’’ kata Gillis.

“Harrington menampilkan imej tersendiri. Biarpun rupanya nampak selekeh, namun dia memiliki gaya yang segak.

“Walaupun rambutnya panjang dan dia memiliki jambang, namun ia diuruskan dengan baik,




[IKTIBAR] Kisah Seorang Wanita Dan Terung

on Wednesday, May 8, 2013



Di Damsyiq (Dimascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan. 

Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid. 
Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang syaikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampong itu. Namanya Syaikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihormati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat.

Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid.

Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan.

Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya makan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri.

Masjid itu terletak di sebuah kampung di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampong hingga ke hujungnya.

Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan. Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu. Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan.

Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk.

Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya. Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya!

Hatinya berbisik: Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya?

Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid. Ketika itu Syaikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Syaikh dan tidak faham apa yang didengarnya.

Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Syaikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya.

Syaikh memandang sekeliling. Dia tidak Nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu.

Syaikh memanggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak!

Syaikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam.

Syaikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin?

Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin?

Syaikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga telah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya. Syaikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Syaikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya.

Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya?

Murid itu terus menjawab, ya!

Syaikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya?

Wanita itu menjawab, ya!

Maka Syaikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Syaikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya.

Setelah selesai aqad, Syaikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah. Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita.

Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan?

Dia menjawab, ya!

Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung?

Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku.

Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal.

Diceritakan oleh Syaikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut.

Pengajarannya: Tinggalkan Yang Haram Allah s.w.t bagi Yang Halal!





Kisah Pengantin Perempuan Menemui Allah Ketika Sujud

on Tuesday, May 7, 2013



“Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya ”


Ini merupakan sebuah kisah bagaimana seorang mujahadah yang meninggal dunia pada hari perkahwinannya dalam keadaan sujud dalam solat! Subhanallah! Sesungguhnya mendahulukan Allah dalam apa kerja lain yang sedang dilakukan adalah lebih afdhal. Semoga kita sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah SWT. InsyaAllah. Mari kita susuri kisah yang hebat ini.

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia, di waktu sedang dalam keadaan pengantin, memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!! Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]



Belut Berjalan Di Dalam Perut

on Monday, May 6, 2013


Masalah gila seks ni kadang-kadang mendatangkan kesan memudaratkan pada diri kita. Contohnya, seorang penagih porno di Guangdong  menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.

Lelaki yang berasal dari selatan China itu melakukan aksi tidak bermoral tersebut terpengaruh dengan suatu babak dalam satu filem porno.
Lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.”

Niat untuk memuaskan diri berakhir tragedi. Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.

“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.

“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.

“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis. – Daily Mail

Admin ingin pesan kepada yang gila porno diluar sana agar jangan gunakan haiwan sebagai pemuas nafsu. Itulah guna perkahwinan. kalau tak tahan sangat kahwin cepat-2 .


[INFO] Tanda-Tanda Seseorang Terkena Sihir

on Sunday, May 5, 2013


Gambar Hiasan

Pernah tak anda terfikir yang anda sebenarnya terkena sihir? Sesuatu yang sangat menakutkan dan sebolehnya kita minta dijauhi dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Tetapi siapa tahu, dalam diam-diam ada yang mungkin tidak puas hati atau menyimpan dendam secara diam dan cuba mengkhianati kita dengan menghantar sihir. Nauzubillahi Min Zalik.

Namun sebelum itu, apakah itu sihir. Berikut definisi ringkas mengenai sihir:

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.


Jenis-jenis sihir adalah :-

-Sihir Rumahtangga/Perceraian
-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata
-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan
-Sihir Penghalang Pernikahan.


Berikut beberapa senarai tanda-tanda terkena sihir yang mungkin selama ini menganggapnya satu perkara biasa. Tetapi jangan terus mengatakan anda terkena sihir tanpa merujuk pihak yang lebih arif dan berilmu.
Tanda-tanda Terkena Sihir




  • Sakit kepala selepas waktu asar keatas.




  • Badan terasa berat dan malas.




  • Sukar mendapat jodoh.




  • Badan terasa bisa-bisa.




  • Sakit ketika ziarah orang meninggal.




  • Sukar tidur malam.




  • Sakit pinggang tanpa sebab.




  • Sakit dada bila waktu asar keatas.




  • Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.




  • Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.




  • Bermimpi di tempat tinggi.




  • Bermimpi di tempat yang kotor.




  • Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.




  • Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.




  • Bayi kerap menangis.




  • Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.




  • Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.




  • Malas beribadat.




  • Nyanyuk ketika usia lanjut.




  • Panas baran.




  • Sikap berubah secara mendadak.




  • Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.




  • Suka melakukan tabiat buruk.




  • Kerap sendawa bila mendengar al-quran.




  • Kerap keguguran.




  • Gagal melakukan hubungan kelamin.




  • Mengantuk bila dengar al-quran.




  • Bermimpi seram yang menakutkan.




  • Darah haid turun lebih 15 hari.




  • Batuk yang berpanjangan.




  • Selalu ditindih ketika tidur.




  • Kuat berangan.




  • Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.




  • Nafsu seksual yang melampau.




  • Selalu melihat kelibat dirumah.




  • Terasa diri selalu diperhatikan.




  • Mandul.




  • Kerap mendengar sesuatu bisikan.




  • Melihat jin secara terus.




  • Sakit mental atau gila.

  • CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

    Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.

    Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
    Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut.

    Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

    Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 

    1. Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 
    2. Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
    3. Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
    Dengan izin Allah, ayat diatas dapat mengatasi gangguan sihir yang dialami. Info diatas diperolehi menerusi laman sosial facebook dari sumber yang dipercayai. Sebarang kemusykilan mohon pembetulan dan teguran untuk manfaat bersama.


    Sumber : Infomedia-my.blogspot.com

    Kelebihan Orang Menggunakan Tangan Kidal

    on Saturday, May 4, 2013



    Definisi
    Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
    Hubungan kidal dengan otak
    Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
    Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
    Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
    Fakta menarik
    1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
    Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
    “Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn
    TOKOH-TOKOH KIDAL
    1. Presiden Amerika Syarikat
    I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
    II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
    III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
    IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
    V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
    VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
    VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
    VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )
    2. Tokoh ternama
    v Aristotle (Ahli falsafah)
    v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
    v Isaac Newton (saintis)
    v Albert Einstein (saintis)
    v Henry Ford Jr., (automobil)
    KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
    1. Kesukaran bagi individu kidal:
    Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.
    Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.
    Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.
    Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
    * Pengurusan
    * Kesihatan
    * Pendidikan
    * Kerjarumah/surirumah
    * Pelajar
    2. Kelebihan bagi individu kidal:
    Tulisan Arab:
    · Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
    Kreativiti:
    · Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
    Kamera :
    · Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
    “Adaptability:
    · Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”
    Peperangan :
    · Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.
    · Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.
    Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:
    a) Teknologi Maklumat
    Bill Gates
    b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
    Saidina Umar Al-Khattab
    Julius Caesar,
    Alexander the Great,
    Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
    Leonardo Da Vinci
    c) Musik dan hiburan
    Michelangelo Buonaroti,
    Beethoven
    Selebriti
    Oprah Winfrey
    Amitabh Bachchan
    Tom Cruise
    Charlie Chaplin
    Nicole Kidman
    Marilyn Monroe
    Angelina Jolie
    Keanu Reeves
    Sylvester Stallone
    Asmawi bin Ani( Mawi )
    Man Kidal
    d) Sukan
    Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
    Diego Armando Maradona (Bolasepak)
    Lieonel Messi (Bolasepak)
    Rafael Nadal (Tenis)
    John McEnro (Tenis)
    Lin Dan (Badminton)
    Valentino Rossi (Lumba motosikal)
    Rumusan
    1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
    2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
    3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
    4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
    5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)
    6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
    7. Individu Kidal, Individu Elastik
    Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.
    Orang kidal pintar?
    Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.
    “only left-handed are in their right minds”

    sumber : alkiram.net


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    © JomLepak! Blog All Rights Reserved