TIPS MUDAH PAYUDARA KEKAL ANJAL

on Sunday, April 20, 2014


Penjagaan rapi, saiz coli dan senaman yang betul membentuk kesempurnaan

Ketika masih anak gadis, payudara wanita semestinya cantik membulat, anjal dan padat. Selepas usia mencecah usia 30-an terutama bermula 35 tahun dan ke atas, bentuk payudara akan mulai berubah menjadi mengendur dan tidak seanjal waktu muda dulu. 

Antara faktor lain, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh dan pengabaian penjagaan aset itu menyebabkan payudara jatuh atau kurang menarik. 

Disebabkan faktor berkenaan, pelbagai cara dilakukan dan pendekatan berbeza dilakukan wanita untuk memastikan bentuk payudara untuk kekal menarik, antaranya menyapu krim menganjalkan payudara, melakukan pembedahan kosmetik, selain mengambil makanan tambahan yang mengandungi kolagen. 

Sedar atau tidak, perkara asas malah paling utama perlu diketahui wanita ialah pemilihan dan pemakaian coli secara betul dan sepatutnya diamalkan sejak remaja lagi, di samping pemakanan seimbang atau aktiviti senaman untuk kesihatan anggota itu. 

Sememangnya kerana kurang pendedahan terhadap penjagaan payudara, ramai terpaksa berhadapan dengan masalah kecantikan aset berkenaan. 


Salah pakai coli 

Mengikut Pakar Pengamal Perubatan Cina, K H Lau, cara mengenal pasti wanita itu tidak memakai coli dengan cara betul adalah melihat kepada lelemak yang terkumpul di belakang badannya. 

Jelasnya, dalam mengekalkan payudara yang cantik, wanita perlu menyeluk bahagian tepi payudara sebelah ketiak, menolaknya ke depan dan menongkat asetnya itu ke atas ketika memakai coli. 

Melalui cara itu, segala lemak perlu yang mengisi payudara dapat dikumpul kemas dalam mangkuk coli. 

“Kita lihat, ramai yang belakang badannya khususnya pada bahagian tepi berlipat dengan tali coli sehingga tampak berlapis-lapis membuatkan jelas kelihatan lemak terkumpul. 

“Ini kerana ketika memakai coli mereka tidak menarik payudara mereka ke depan dengan betul dan akibatnya, lemak yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada payudara sudah ‘tertolak’ ke tepi dan belakang badan,” katanya yang turut menafikan ia berlaku disebabkan kerana saiz badan gempal. 

Pemakaian coli tidak sesuai juga katanya membuatkan bentuk payudara wanita kurang menarik. 

Senaman joging, jelas Lau juga tidak sesuai kerana ia akan membuatkan payudara lebih mudah kendur akibat graviti. 


Instrumen senaman payudara 


Melihat alternatif lain untuk mengembalikan bentuk payudara cantik, ada satu alat senaman payu dara dari Taiwan yang direka pereka tempatan yang ketika pameran Perdagangan Kecantikan Profesional Malaysia 2014 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini. 

Daripada pengamatan, alat ini berfungsi seperti mesin mengepam susu badan, namun corong mengepam tertumpu kepada keseluruhan payudara berbanding hanya sekitar puting. 

Lau berkata, apabila mengepam ia menarik aliran darah untuk dilepaskan ke jantung. Menggunakan alat senaman itu sekurang-kurangnya setengah jam sehari dikatakan akan meningkatkan aliran darah menjadikan payudara sihat dan cantik. 

“Bentuk payudara yang menawan membuatkan wanita bukan saja kelihatan menarik memakai apa jua baju, malah lebih berkeyakinan termasuk dengan pasangannya,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved