One Direction Minum Teh Pudina Ganti Arak

on Sunday, May 19, 2013




One Direction Minum Teh Pudina Ganti Arak | KUMPULAN One Direction membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang minuman beralkohol sebelum mengadakan persembahan pentas.
Menurut laporan portal Manchastereveningnews.co.uk, kumpulan yang dibarisi ahli Niall Horan, Zayn Malik, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Liam Payne, ingin mengubah cara kerja yang lebih sihat di mana hanya teh pudina sahaja yang akan diminum mereka.
"Pihak pengurusan kumpulan itu telah meminta teh pudina berbanding dengan permintaan biasa artis lain yang inginkan minuman beralkohol.
"Mereka enggan dilihat tidak berdisiplin atau tidak fokus apabila bersama-sama peminat.
"Mereka juga tidak mahu menjejaskan momen indah bersama peminat-peminat mereka," kata sumber.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved