Fakta Menarik Mengenai Pilihan Raya Umum Di Malaysia

on Thursday, April 25, 2013






PILIHAN RAYA PERTAMA
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Jun 1955 adalah pilihan raya pertama sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Seramai 129 orang calon yang bertanding untuk merebut 52 kerusi Parlimen.
Keputusannya ialah Parti Perikatan (kini dikenali sebagai Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Manakala, baki 1 lagi kerusi dimenangi oleh Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP) –kini dikenali sebagai PAS.
PENGUNDI PALING RAMAI
Kawasan Parlimen Kapar di Selangor memiliki bilangan pengundi paling ramai, iaitu seramai 112,224. Jumlah ini hampir menyamai jumlah pengundi di Perlis, iaitu seramai 120,081 orang.
UNDI ROSAK PALING SEDIKIT
Undi rosak paling sedikit dicatatkan ketika PRU 1959. Hanya 1.82% bagi kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN)
Agak menghairankan kerana jumlah undi rosak ketika PRU 2008 ialah sebanyak 175,680 untuk kawasan Parlimen dan 146,781 undi untuk DUN.
Adakah ini bermakna rakyat pada tahun 1959 lebih cerdik dan berpendidikan berbanding rakyat pada tahun 2008. Atau ada maksud yang tersirat?
TEMPOH KEMPEN PALING PENDEK.
Tempoh kempen paling pendek atau singkat ialah ketika PRU11 pada tahun 2004, apabila tarikh penamaan calon dan mengundi ditetapkan pada 13 dan 21 Mac 2004. Tempoh berkempen hanyalah selama 8 hari sahaja.
CALON YANG TAK PERNAH KALAH.
Tun Ghafar Baba adalah satu-satunya calon yang sentiasa memenangi semua kerusi yang ditandingi. Beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) pada tahun 1955 dan 1964. Pada tahun 1969, beliau mula bertanding kerusi parlimen sehingga bersara daripada politik.
PALING LAMA BERKHIDMAT
Tengku Razaleigh Hamzah berkhidmat sebagai ahli Parlimen selama sembilan penggal. Beliau bermula dengan memenangi kerusi Parlimen Kelantan Barat pada PRU 1974.
UNDI PALING BANYAK
Majoriti undi paling banyak, iaitu sebanyak 54,073 undi diperolehi oleh Datuk Seri Shahrir Samad pada PRU 2004 bagi kerusi Parlimen Johor Bahru.
UNDI PALING SEDIKIT
Calon bebas, Yusof Nasir memperolehi undi paling sedikit, iaitu sebanyak 9 undi dalam pertandingan merebut kerusi DUN Sukau, Sabah pada PRU 2008.
CALON PALING TUA
Calon paling tua ialah nenek Maimun Yusuf,89 tahun yang bertanding untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU 2008. Beliau juga turut bertanding di Parlimen yang sama pada 5. Mei. 2013.

Sumber : Informasi.my

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved