7 Khasiat Kelapa

on Wednesday, April 24, 2013

Kelapa adalah satu makanan yang paling berkhasiat di sekitar anda. Bila diproses seperti dicincang, dimesin, ditambah gula, di isi dalam plastik, ditinkan, dibuat kelapa kering dan sebagainya akan menyebabkan cepat kehilangan khasiat kelapa.






Kelapa berkhasiat untuk kesihatan. Antara khasiat kelapa adalah seperti:
  1. Mempunyai kandungan potasium yang lebih tinggi berbanding pisang. 
  2. Minyak/santan dalam kelapa mengandungi lemak berkhasiat (kandungan yang tinggi) yang hanya ditemui di dalam susu ibu (asid laurik) yang mampu menghindarkan virus.
  3. Air kelapa mengandungi kandungan elektrolit semulajadi dan potasium yang tinggi. Ia adalah satu minuman yang memberi tenaga dan menyegarkan badan. 
  4. Air kelapa juga steril jika ia keluar terus dari kelapa, itulah sebabnya dalam Perang Dunia II, ia telah diberikan secara intravena kepada tentera yang cedera. Air kelapa boleh juga didapati dalam tin atau kotak dari kedai-kedai, tetapi tidak seperti air kelapa segar khasiatnya sudah berkurangan.
  5. Isi kelapa mengandungi zat besi yang tinggi seperti dalam bayam dan 3x lebih banyak serat berbanding epal. Jika anda mahu makan isi kelapa pilihlah kelapa muda kerana ia lebih sedap dan lembut.
  6. Ramai orang mendapati ia lebih mudah untuk dihadam kerana ia tidak memerlukan badan menghasilkan cecair hempedu untuk menghadamkannya seperti yang perlu untuk lemak jenis lain. kelapa mendapat reputasi buruk kerana ia adalah lemak tepu tapi hakikatnya ia mempunyai kalori sama seperti lemak lain.
  7. Air kelapa juga dikatakan boleh membuang toksin dalam badan jika diminum. Sesuai diminum jika dijangkiti penyakit tertentu seperti campak atau demam dan sebagainya.
Nilai kesihatan yang tinggi terdapat di dalamnya walaupun minyak atau santannya patut diambil dalam jumlah yang terkawal kerana kandungan lemaknya. Jadi dapatkan yang segar untuk mendapat khasiat yang lebih tinggi dari kelapa



(sumber : shashamohamed.com)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved