Saya Dan Eina Azman Hanya Kawan Baik – Afiq Muiz

on Wednesday, April 24, 2013



eina azman






Kesian pun ada juga kepada si Afiq Muiz ini. Baru nak popular, sudah timbul macam-macam cerita. Kononnya Afiq besar kepala, degil dan hanya mengikut telunjuk “kekasih hatinya“, Eina Azman.

Admin pasti ramai yang tak kisah kalau si Afiq nie nak besar kepala atau degil. Yang dikisahkan ialah sama ada benar atau tidak Eina itu kekasih Afiq. Anda boleh menarik nafas lega kerana Afiq Muiz menerusi Kosmo hari ini menyatakan yang dirinya dan Eina cuma kawan baik sahaja. Kata Afiq :


Saya tiada kekasih! Sejujurnya, saya tidak tahu kenapa saya digosipkan dengan Eina kerana kami cuma berkawan baik. Saya mengenalinya sudah tiga tahun dan saya tidak faham kenapa Eina sering dibabitkan apabila timbul masalah berkaitan saya. Dia tidak pernah masuk campur hal saya, begitu juga sebaliknya. Kami tidak pernah mengumumkan kami sedang bercinta dan tiada perancangan untuk meneruskan ke peringkat selanjutnya. Hubungan kami hanya sebagai kawan.




eina azman


Mestilah orang kaitkan kalau asyik-asyik ada gambar bersama Eina je. Gambar pun rapat semacam je. Kawan baik kawan baik jugak. Kalau awek cun macam Eina Azman nie mestilah confirm kena gosip bercinta. Diharap dengan penjelasan ini, semua lelaki di luar sana tidak melepaskan peluang ini untuk mengorat Eina. Jangan menyesal kalau terlewat!!!


(Sumber : beautifulnara)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved