Wanita Berjogging Ditikam Mati

on Monday, April 22, 2013

PETALING JAYA: Seorang wanita berusia 52 tahun yang keluar berjogging dengan ahli-ahli keluarganya dan seorang rakan di Bukit Gasing, di sini, pada petang Sabtu lalu meninggal dunia akibat ditikam selepas diserang oleh penyerangnya.



Ong Ai Sam dan anak perempuannya, yang berjogging beberapa meter daripada suami dan rakannya, telah didatangi oleh dua lelaki di atas motosikal, yang bersenjatakan pisau dan memakai topi keledar lengkap.
Mereka meminta beg sandang yang dibawa oleh mangsa.
“Dia pada mulanya melawan dan pergelutan berlaku. Ong menjerit kepada anaknya untuk mendapatkan bantuan.
“Salah seorang deripada suspek kemudian menikam mangsa beberapa kali,” kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.
“Apabila anaknya kembali dengan wanita lain, dia melihat ibunya terbaring dipenuhi dengan darah.
“Ong, yang pernah bekerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah di Taman Megah, disahkan mati selepas tiba di Pusat Perubatan Universiti Malaya beberapa minit kemudian.”.
Beliau berkata selain ditikam di dada dan paha, paru-paru Ong juga telah dicucuk. Beliau menambah bahawa lelaki itu gagal merampas beg Ong.
“Mereka kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dengan tangan kosong dalam tempoh beberapa minit kemudian. Kami sedang menyiasat apa sebenarnya yang berlaku.
“Kami sedang meneliti kamera rakaman televisyen litar tertutup di kawasan itu.
“Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis yang terdekat.”.
Kes ini sedang disiasat sebagai kes bunuh.

(sumber : Berita Harian)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved