Masalah gila seks ni kadang-kadang mendatangkan kesan memudaratkan pada diri kita. Contohnya, seorang penagih porno di Guangdong menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.
Lelaki yang berasal dari selatan China itu melakukan aksi tidak bermoral tersebut terpengaruh dengan suatu babak dalam satu filem porno.
Lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.”
Niat untuk memuaskan diri berakhir tragedi. Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.
“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.
“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.
“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis. – Daily Mail
Admin ingin pesan kepada yang gila porno diluar sana agar jangan gunakan haiwan sebagai pemuas nafsu. Itulah guna perkahwinan. kalau tak tahan sangat kahwin cepat-2 .
[SUMBER]
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment