Betapa Azabnya Gadis Ini Tersedu Setiap Dua Saat

on Wednesday, May 1, 2013

Januari lalu, seorang pelajar mengalami sedu yang dianggapnya biasa ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah. Walau bagaimanapun, kehidupan Emily Marsh mula berubah apabila sedunya itu tidak berhenti sehingga kini, malah dia tersedu setiap dua saat.


Gejala itu, kata Emily, 13, turut berlaku walaupun ketika dia tidur. Pakar perubatan kebingungan untuk menjelaskan masalah yang dihadapi Emily dan belum menemui penyelesaian bagi mengatasinya.

Seminggu selepas menyedari akan perkara yang dianggapnya aneh itu, kata Emily, dia menjalani beberapa ujian perubatan di Hospital St Helier, Surrey.

“Saya melalui beberapa siri imbasan, X-ray dada, pemeriksaan endoskopi, ujian pernafasan serta kajian gastrik,” katanya. Doktor juga, memberinya pelbagai jenis ubat yang setakat ini belum membuahkan sebarang hasil.

“Saya juga pernah mencuba kaedah rawatan hipnosis tetapi masih belum berhasil,” katanya. Dia juga mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan alternatif. Kata Emily, selain menyakitkan, gejala itu memang memenatkan apabila terpaksa tersedu dalam kekerapan yang tinggi.

Disebabkan masalah itu, Emily diberi perlepasan setiap tengah hari di sekolahnya untuk membolehkan dia berehat sebelum menyambung semula pembelajarannya.


Sementara itu, ibu Emily, Cathy Barrett, 45, berkata dia rela mencuba apa saja kaedah perubatan asalkan anaknya kembali ke keadaan asal.

-Daily Mail

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved