Walaupun memenatkan, tetapi dengan iringan muzik, aktiviti
berlari sememangnya menyeronokkan di samping memberikan motivasi kepada mereka
yang ingin mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan.
Kajian yang dibuat oleh Runner’s World terhadap seramai 3,523
pelari di seluruh dunia mendapati bahawa seramai 73% daripada pelari tersebut
lebih gemar berlari sekiranya ditemani dengan muzik.
Di samping itu, kajian saintifik yang dibuat oleh Profesor
Andy Lane, seorang pakar psikologi sukan dari Universiti Wolverhampton juga
menunjukkan bahawa muzik membantu meningkatkan lagi motivasi untuk banyakkan
berlari. Tambahnya lagi, kebanyakan orang akan memberi pertimbangan kepada lima
perkara berkaitan muzik sebelum berlari iaitu rentak, genre, lirik, memori yang
dibawa oleh muzik serta kompilasi lagu.
Dalam pada itu, Profesor Costas Karageorghis dari Universiti
Brunei juga mendapati bahawa muzik bukan sahaja menggalakkan orang ramai untuk
bersenam, malah, muzik yang disenangi membantu pelari dari banyak memberikan perhatian
terhadap rasa sakit atau lenguh ketika berlari.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment