Maya Karin bercinta dengan orang jauh?

on Wednesday, June 5, 2013

Kisah percintaan Maya Karin seringkali menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi selepas bercerai dengan suaminya, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali pada tahun 2010.


Seringkali dikaitkan dengan beberapa aktor popular, aktres dan penyanyi jelita ini menafikan dan tidak pernah melatah dengan khabar angin yang mengaitkannya.
Namun kini Maya tidak berselindung mengatakan dia kini dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka dari luar negara, tetapi enggan tergesa-gesa untuk menjalinkan hubungan serius.
"Saya ada mengenali seseorang tetapi dia berada jauh daripada saya dan jarak kami beribu-ribu kilometer. Disebabkan itu, saya enggan menaruh harapan tinggi pada hubungan kami. Jika terjadi, jadilah dan kalau tidak, tak mengapa. Saya hanya ikut sahaja bagaimana," ujarnya yang enggan mendedahkan identiti jejaka itu.
Maya, 33, mengakui telah beberapa kali mengenali lelaki untuk dijadikan teman, tetapi hubungan mereka tidak berkekalan.
"Saya dah solo sejak tiga setengah tahun dan ada berkenalan dengan beberapa lelaki tetapi hampa kerana hubungan kami tidak dapat kekal lama dan akhirnya kami terpaksa berpisah."
Dalam perkembangan lain, Maya baru sahaja melancarkan single terbarunya, "Bintang Syurga" hasil ciptaan Omar K dan Audi Mok di Hotel Palace Of Golden Horses semalam.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved