Syampu kering sesuai buat mereka kesuntukan masa

on Wednesday, June 5, 2013

Cucian rambut yang terlalu kerap boleh menyebabkan rambut anda kering dan warna rambut menjadi pudar. Bagi mengekalkan warna dan kelembapan rambut, anda dinasihatkan untuk mencuci rambut hanya 2-3 kali seminggu.

Selain itu, jika anda kesuntukan masa dan perlu untuk menyegarkan rambut anda (selepas bersukan, sebelum keluar malam dan sebagainya), 'dry shampoo' atau syampu kering berfungsi sebagai pilihan yang hebat, terutama sekali sesuai buat wanita moden yang sering sibuk bekerja!



Syampu kering adalah bahan serbuk yang digunakan untuk membersihkan rambut apabila anda mahu melanjutkan tempoh rambut yang telah digayakan atau apabila anda enggan menggunakan air dan syampu biasa.

Apabila rambut anda kelihatan berminyak, biasanya hanya akar (dekat dengan kulit kepala) yang perlu dibersihkan. Bahan-bahan dalam syampu kering akan menyerap minyak dan kotoran pada kulit kepala, sekaligus menjadikan rambut anda kelihatan segar tanpa membuang banyak masa.

Terdapat dua jenis syampu kering iaitu yang berbentuk serbuk dan berbentuk aerosol (semburan). Serbuk syampu kering boleh digunakan terus ke kulit kepala dari botol dengan menggunakan berus rambut atau diurut menggunakan tangan.

Aerosol syampu kering boleh disembur beberapa inci dari kulit kepala dan boleh menggunakan berus rambut atau diurut kawasan kulit kepala tersebut.


Tidak kira yang mana menjadi pilihan anda, syampu kering tetap akan membantu untuk menyerap minyak berlebihan dan tidak semestinya akan membersihkan kotoran atau daki, walaupun ia mungkin berbau harum.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved