PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia perlu menjadikan amalan membaca sebagai ‘ketagihan’ kerana menerusi pembacaan mereka boleh menjadi masyarakat berproduktiviti tinggi dan mampu bersaing di persada dunia yang semakin mencabar.
Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata dalam dunia tanpa sempadan ketika ini peluang menimba ilmu tersebar luar, justeru masyarakat tidak harus lagi memberikan sebarang alasan.
Katanya minat membaca bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan penulisan dan penerbitan bahan bacaan di negara ini, bahkan juga akan melahirkan lebih ramai intelektual yang dapat menembusi pasaran antarabangsa.
“Dunia kini menuntut kita menguasai seberapa banyak ilmu kerana ilmu itu tiada sempadan. Tiada lagi alasan untuk malas membaca kerana bahan bacaan hari ini terdapat dalam pelbagai bentuk secara bercetak dan juga tidak bercetak,”
katanya ketika merasmikan ‘Karnival Buku Sektor Pengajian Tinggi 2014′, di sini hari ini.
Katanya penjawat awam juga perlu menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai gaya hidup bagi menjadi golongan yang aktif, kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam menjayakan agenda pembangunan negara. – BERNAMA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment