Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Awas Taktik Kotor Penjenayah Masukkan Cecair Khayal

on Tuesday, June 4, 2013




Haaa terbaca satu entri berinfo untuk adik – adik takpun sesiapa yang kat luar sana. Yelah, kadang – kadang benda remeh ni kita buat dek jek ye dak? Kali ni aku nak share dengan korang taktik kotor penjenayah yang menggunakan jarum untuk masukkan cecair khayal dalam air kotak. Haaa pernah terfikir?
Remaja nih kadang – kadang main minum jek air yang orang kasi tapi kali ni harap korang berhati – hati lah ye. Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa.

Pakar Solek Hollywood Cipta Hidung Palsu Untuk Wanita Indonesia

on Thursday, May 9, 2013



Seorang wanita Indonesia yang terpaksa hidup selama tiga tahun tanpa hidung akibat dipotong oleh suaminya yang panas baran, kini mampu tersenyum semula atas usaha Alec Gilis, seorang jurumekap kesan khas dari Hollywood.

Gillis berjaya mereka hidung palsu untuk Yustince, 30, yang dibuat mengikut acuan hidung wanita berkenaan.

Beliau yang pernah memenangi Oscar bagi solekan kesan khas telah terlibat untuk filem-filem Hollywood seperti Jumanji, Alien vs Predator dan Cast Away.

“Kebiasaannya saya menghasilkan solekan khas untuk menakutkan orang, namun kali ini saya gembira kerana solekan itu mampu menghilang parut di muka Yustince,’’ katanya.

Yustince dan Gillis dipertemukan oleh Grossman Burn Foundation iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang bukan bertujuan untuk mencari keuntungan.

Selepas hidung palsu itu siap, Gillis sanggup terbang ke Jakarta untuk memasang hidung berkenaan pada Yustince.

“Saya melihat mukanya dari dekat apabila cermin dihulurkan ke tangannya.

“Dia hanya mendiamkan diri dan membelek wajahnya daripada semua sudut. Kemudian terpancar senyuman yang saya lihat sama seperti senyuman Mona Lisa,’’ kata Gillis.

“Harrington menampilkan imej tersendiri. Biarpun rupanya nampak selekeh, namun dia memiliki gaya yang segak.

“Walaupun rambutnya panjang dan dia memiliki jambang, namun ia diuruskan dengan baik,




[INFO] Tanda-Tanda Seseorang Terkena Sihir

on Sunday, May 5, 2013


Gambar Hiasan

Pernah tak anda terfikir yang anda sebenarnya terkena sihir? Sesuatu yang sangat menakutkan dan sebolehnya kita minta dijauhi dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Tetapi siapa tahu, dalam diam-diam ada yang mungkin tidak puas hati atau menyimpan dendam secara diam dan cuba mengkhianati kita dengan menghantar sihir. Nauzubillahi Min Zalik.

Namun sebelum itu, apakah itu sihir. Berikut definisi ringkas mengenai sihir:

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.


Jenis-jenis sihir adalah :-

-Sihir Rumahtangga/Perceraian
-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata
-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan
-Sihir Penghalang Pernikahan.


Berikut beberapa senarai tanda-tanda terkena sihir yang mungkin selama ini menganggapnya satu perkara biasa. Tetapi jangan terus mengatakan anda terkena sihir tanpa merujuk pihak yang lebih arif dan berilmu.
Tanda-tanda Terkena Sihir




  • Sakit kepala selepas waktu asar keatas.




  • Badan terasa berat dan malas.




  • Sukar mendapat jodoh.




  • Badan terasa bisa-bisa.




  • Sakit ketika ziarah orang meninggal.




  • Sukar tidur malam.




  • Sakit pinggang tanpa sebab.




  • Sakit dada bila waktu asar keatas.




  • Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.




  • Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.




  • Bermimpi di tempat tinggi.




  • Bermimpi di tempat yang kotor.




  • Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.




  • Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.




  • Bayi kerap menangis.




  • Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.




  • Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.




  • Malas beribadat.




  • Nyanyuk ketika usia lanjut.




  • Panas baran.




  • Sikap berubah secara mendadak.




  • Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.




  • Suka melakukan tabiat buruk.




  • Kerap sendawa bila mendengar al-quran.




  • Kerap keguguran.




  • Gagal melakukan hubungan kelamin.




  • Mengantuk bila dengar al-quran.




  • Bermimpi seram yang menakutkan.




  • Darah haid turun lebih 15 hari.




  • Batuk yang berpanjangan.




  • Selalu ditindih ketika tidur.




  • Kuat berangan.




  • Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.




  • Nafsu seksual yang melampau.




  • Selalu melihat kelibat dirumah.




  • Terasa diri selalu diperhatikan.




  • Mandul.




  • Kerap mendengar sesuatu bisikan.




  • Melihat jin secara terus.




  • Sakit mental atau gila.

  • CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

    Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.

    Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
    Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut.

    Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

    Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 

    1. Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 
    2. Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
    3. Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
    Dengan izin Allah, ayat diatas dapat mengatasi gangguan sihir yang dialami. Info diatas diperolehi menerusi laman sosial facebook dari sumber yang dipercayai. Sebarang kemusykilan mohon pembetulan dan teguran untuk manfaat bersama.


    Sumber : Infomedia-my.blogspot.com

    Kelebihan Orang Menggunakan Tangan Kidal

    on Saturday, May 4, 2013



    Definisi
    Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
    Hubungan kidal dengan otak
    Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
    Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
    Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
    Fakta menarik
    1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
    Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
    “Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn
    TOKOH-TOKOH KIDAL
    1. Presiden Amerika Syarikat
    I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
    II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
    III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
    IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
    V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
    VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
    VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
    VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )
    2. Tokoh ternama
    v Aristotle (Ahli falsafah)
    v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
    v Isaac Newton (saintis)
    v Albert Einstein (saintis)
    v Henry Ford Jr., (automobil)
    KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
    1. Kesukaran bagi individu kidal:
    Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.
    Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.
    Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.
    Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
    * Pengurusan
    * Kesihatan
    * Pendidikan
    * Kerjarumah/surirumah
    * Pelajar
    2. Kelebihan bagi individu kidal:
    Tulisan Arab:
    · Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
    Kreativiti:
    · Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
    Kamera :
    · Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
    “Adaptability:
    · Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”
    Peperangan :
    · Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.
    · Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.
    Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:
    a) Teknologi Maklumat
    Bill Gates
    b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
    Saidina Umar Al-Khattab
    Julius Caesar,
    Alexander the Great,
    Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
    Leonardo Da Vinci
    c) Musik dan hiburan
    Michelangelo Buonaroti,
    Beethoven
    Selebriti
    Oprah Winfrey
    Amitabh Bachchan
    Tom Cruise
    Charlie Chaplin
    Nicole Kidman
    Marilyn Monroe
    Angelina Jolie
    Keanu Reeves
    Sylvester Stallone
    Asmawi bin Ani( Mawi )
    Man Kidal
    d) Sukan
    Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
    Diego Armando Maradona (Bolasepak)
    Lieonel Messi (Bolasepak)
    Rafael Nadal (Tenis)
    John McEnro (Tenis)
    Lin Dan (Badminton)
    Valentino Rossi (Lumba motosikal)
    Rumusan
    1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
    2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
    3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
    4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
    5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)
    6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
    7. Individu Kidal, Individu Elastik
    Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.
    Orang kidal pintar?
    Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.
    “only left-handed are in their right minds”

    sumber : alkiram.net


    5 Punca Mata Cepat Letih

    on Thursday, May 2, 2013




    Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar akan punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih. Antaranya adalah..
    Terlalu fokus-  Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

    Masalah mata- Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar.
    Sistem pencahayaan yang tidak baik- Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot sphincter dan dilatory untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
    Bekerja lebih masa- Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka akaun fb, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.
    Jarang berkelip- Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

    BAHAYA MAKAN IKAN SARDIN DALAM TIN!

    Gambar Hiasan
    WASPADA KETIKA MAKAN SARDIN DALAM TIN | Umum mengetahui makanan dalam tin kurang berkhasiat dan mungkin membawa keburukan kepada kesihatan andai terus dijadikan rutin hidangan dalam kehidupan anda. Andai anda merupakan penggemar dan peminat tegar Ikan Sardin dalam tin, anda wajib membaca artikel ini untuk menambah pengetahuan anda mengenai makanan kegemaran anda itu.


    Artikel ini adalah sekadar perkongsian. Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Ia merupakan cerita pengalaman. Percaya atau tidak, ia terpulang kepada akal dan fikiran serta taraf pemikiran anda.

    Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walaupun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

    Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempoh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin. Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

    Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

    Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwich sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

    Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, Insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

    Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

    Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

    Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

    Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.

    Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

    Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cubalah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekalian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

    Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.


    Kenali Personaliti Melalui Tulisan Tangan

    on Wednesday, May 1, 2013


    Cuba para pembaca sekalian perhatikan bentuk tulisan sendiri, setelah itu sila selidik personaliti  anda menerusi guideline (panduan) dibawah. Kajian ini telah dilakukan oleh Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah. PAdmin dah pun cuba dan keputusannya amat tepat sekali.



    Pertama: Tekanan

    i.       Tekanan yang kuat
    Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
    (Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)

    ii.      Tekanan yang ringan
    Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
    (Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)


    Kedua: Bentuk Tulisan

    i.       Tulisan yang bulat-bulat
    Semua huruf ditulis dengan bulat.
    (Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan - otak kreatif)

    ii.      Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
    Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
    (Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri - otak logikal)


    Ketiga: Kecondongan

    i.       Condong ke kanan
    Extrovert: suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

    ii.      Condong ke kiri
    Introvert: suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
    campur orang

    iii.     Tegak
    Systematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
    tengah 

    iv.      Campur-campur
    Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


    Keempat: Kerapatan

    i.       Jarang-jarang
    Tak suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.

    ii.      Rapat-rapat
    Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


    Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z

    i.       Ada ekor

    a)       Besar, panjang dan sempurna
    Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

    b)       Kecil, pendek dan tak sempurna
    Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


    Keenam: Pada palang huruf kecil T (t)

    i.       Tinggi
    Tahap aspirasi tinggi

    ii.      Rendah
    Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

    iii.     Tengah-tengah
    Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


    Rumusan:
    Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.


    Sumber : pemaniskata.blogspot.com

    Rahsia Lengkap Tahi Lalat Pada Anda

    Gambar Hiasan
    Rahsia Lengkap Tahi Lalat Pada Anda |
    Semua orang pasti mempunyai tahi lalat pada anggota badan.

    Setiap tahi lalat yang tumbuh di anggota badan anda mempunyai maksud tersendiri kepada personaliti anda.

    Di bawah ini ada rahsia disebalik tahi lalat pada tubuh badan. Sekadar untuk bacaan je, bukan untuk dipercayai....


    Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai

    Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati

    Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka

    Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah

    Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita

    Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan

    Rahsia Tahi Lalat Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita

    Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong

    Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati

    Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas

    Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki

    Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan

    Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kiri - Malas dan suka duduk

    Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros

    Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur

    Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

    Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha

    Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita

    Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan

    Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun

    Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap

    Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun

    Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal

    Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah

    Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya

    Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia

    Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat

    Rahsia Tahi Lalat Pada atang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pada hidung - Banyak rezeki

    Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kanan- Jujur dan baik hati

    Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur

    Rahsia Tahi Lalat Pada Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama

    Rahsia Tahi Lalat Pada Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua

    Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan

    Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kiri - Baik budi

    Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kanan - Suka menolong dan baik hati

    Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kiri - Ramai yang suka

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun

    Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh

    Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kanan - Suka menolong

    Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik

    Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan

    Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

    Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia

    Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan

    Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan

    Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kiri - Menepati janji dan rajin

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pipi kanan - Ramai teman

    Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kanan- Ramai yang suka

    Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman

    Rahsia Tahi Lalat Pada Ubun-ubun - Kurang jujur

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat - Cerdas, tangkas, tekun

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup

    Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kanan - Dapat mengatasi masalah

    Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kiri - Berani, jujur dan sabar

    Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh

    Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya

    Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan

    Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong

    Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan

    Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kiri - Serba baik bekerja

    Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros

    Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat

    Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf

    Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya

    Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri

    Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan

    Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya

    Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha

    Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya

    Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka

    Kelopak mata kanan bawah - Agak malas

    Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana




    8 Sifat Seorang Lelaki Yang Penyayang!



    1) Suka akan Haiwan
    - Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan atau binatang, tak kisahla kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja. Pendek kata korang tengok reaksi dorang bila ada haiwan nih sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, bleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

    2) Suka akan Kanak-Kanak
    - Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak, rimas katanya. Tapi kalu lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu MK tak pasti, nak tekel kakak mesti tekel adik dulu kan..hehe

    3) Berat Akan Orang Tua
    - Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

    4) Berat Akan Adik-Adik
    - Ha korang cuba tgk hubungan dia dgn adik…INGAT, ADIK..bukan adik beradik..bukan kakak atau abangnya. Mengapa MK berkata begitu?. Kerana layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

    5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
    -Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsug menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

    6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
    -Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

    7) Susah Marah
    -Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting mcmni korang ati-ati la..

    8) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
    -Haa korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. Ada lelaki yang masam je mukanya (kalau memang dah azali memang tak leh buat apa), senyum taknak, ditegur buat bodoh je)

    Sumber : Infomedia-my.blogspot.com

    Ketahui Ciri-Ciri Baju Dalam Antirogol Untuk Elak Jenayah Seksual

    Pakaian Dalam Yang Dikatakan Mampu Menghalang Serangan Seksual - Berita Harian

    New Delhi: Sekumpulan penuntut kejuruteraan di India mencipta baju dalam antirogol yang didakwa mampu menghalang jenayah rogol dan serangan seksual lain.

    Baju dalam perlindungan itu dicipta untuk mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan.

    Pakaian dalam yang dibantu teknologi itu, dinamakan sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang.

    “Pakaian dalam dengan sistem pengesanan global, sistem global bagi komunikasi telefon bimbit (GSM) dan pengesan tekanan mampu mengalirkan arus kejutan sehingga 3,800 kilovolt selain memberi amaran kepada ibu bapa dan polis.

    “Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan eletrik dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan India selain kepada ibu bapa mangsa,” kata Manisha Mohan, yang membantu membangunkan produk itu kepada Times of India. - AGENSI




    Betapa Azabnya Gadis Ini Tersedu Setiap Dua Saat

    Januari lalu, seorang pelajar mengalami sedu yang dianggapnya biasa ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah. Walau bagaimanapun, kehidupan Emily Marsh mula berubah apabila sedunya itu tidak berhenti sehingga kini, malah dia tersedu setiap dua saat.


    Gejala itu, kata Emily, 13, turut berlaku walaupun ketika dia tidur. Pakar perubatan kebingungan untuk menjelaskan masalah yang dihadapi Emily dan belum menemui penyelesaian bagi mengatasinya.

    Seminggu selepas menyedari akan perkara yang dianggapnya aneh itu, kata Emily, dia menjalani beberapa ujian perubatan di Hospital St Helier, Surrey.

    “Saya melalui beberapa siri imbasan, X-ray dada, pemeriksaan endoskopi, ujian pernafasan serta kajian gastrik,” katanya. Doktor juga, memberinya pelbagai jenis ubat yang setakat ini belum membuahkan sebarang hasil.

    “Saya juga pernah mencuba kaedah rawatan hipnosis tetapi masih belum berhasil,” katanya. Dia juga mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan alternatif. Kata Emily, selain menyakitkan, gejala itu memang memenatkan apabila terpaksa tersedu dalam kekerapan yang tinggi.

    Disebabkan masalah itu, Emily diberi perlepasan setiap tengah hari di sekolahnya untuk membolehkan dia berehat sebelum menyambung semula pembelajarannya.


    Sementara itu, ibu Emily, Cathy Barrett, 45, berkata dia rela mencuba apa saja kaedah perubatan asalkan anaknya kembali ke keadaan asal.

    -Daily Mail

    MESTI BACA! 10 TANDA-TANDA ORANG MEMBELA HANTU RAYA



    Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.
    Antara tanda-tandnya ialah :
    1. Takut bertentang mata bila bercakap
    2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim
    3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu
    4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
    5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat
    6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri
    7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
    8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya
    9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
    10. Kerap bersetubuh.

    Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.
    Tujuan orang membela hantu raya, toyol, dan yang sewaktu dengannya adalah untuk meminta pertologan dari hantu aka Jin aka syaitan ini ( hukumnya haram, syirik dan berdosa besar) untuk mencuri duit (kaya), menyihir orang, melindung diri, kebal, kuat, cantik, pelaris, pengasih dll. Semua pertolongan jin ini bukan percuma, jin akan menuntut balasan kepada tuannya, apabila tuannya mati perjanjian syaitan tersebut ialah ianya penjaganya/tuan diwarisi kepada anak cucu dia. Inilah yang dinamakan saka. Saka inilah yang mendatangkan huru hara. Suami isteri bercerai, cepat naik angin, mengalami sakit misteri, dan kadang-kadang menjadi gila.

    Walau apa pun hantu yang mereka  guna, kita sebagai manusia tak perlu takut. Cuma kena berhati-hati dan tahu cara nak mengatasinya. Kita boleh menakutkan hantu ni. Dalam erti kata lain hantu sebenarnya yang takut pada kita. Amalan untuk menakutkan hantu ialah membaca ayatul  kursi, kalau tak hafal baca surah al Ikhlas, al Falak dan an Nas. Bacalah pada waktu pagi dan juga pada waktu petang. Kalau rumah berhantu atau orang kena rasuk bacakan ruqyah. Kalau susah baca pasangkan kat radio/cd perdengarkan rudyah kat mana hantu tu kacau. Baca/dengarkan bacaan cd kat air putih dan diberi minum orang yang kena rasuk, atau yang ada saka tadi. InsyaAllah hantu/jin itu lari dan kalau degil ia akan mati dengan izin Allah.  

    Kedua, Hantu aka jin syaitan suka menyakat, mengacau, merasuk orang yang kurang membaca Quran. Maksudnya orang yang tak sembahyang, tak baca quran memang lah menjadi kesukaan jin setan dan iblis ni. Dari itu, banyak2lah kita membaca ayat quran kerana jin setan hantu merasa panas apabila mendengar ayat-ayat Allah. Kepada Allah jua kita berlindung dari kejahatan jin syaitan dan manusia. WaAllahu'alam.


    Sumber : Infomedia.my

    Rahsia Sikap Lelaki berdasarkan Jenis dan Gaya Rambut

    Sikap dan Sifat seseorang manusia banyak ragamnya. Lelaki atau Perempuan, Kecil atau Besar, mereka semua ada ragamnya yang tersendiri. Bila diperhatikan, sikap dan sifat ini sungguh unik. Berikut ialah info mengenai Sikap dan sifat Lelaki berdasarkan Gaya dan Jenis Rambut.


    Rambut LURUS
    Seorang lelaki yang bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.


    Rambut KERINTING TEBAL
    Seorang lelaki yang kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,


    Rambut KERENTING NEGRO
    Seorang lelaki yang bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah


    Rambut IKAL MAYANG
    Seorang lelaki yang bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.


    Rambut HALUS atau LEMBUT
    Seorang lelaki yang bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.


    Rambut SIKIT atau JARANG
    Seorang lelaki yang bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.


    Rambut PERANG
    Seorang lelaki yang kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.


    Rambut TEBAL
    Seorang lelaki yang bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.


    Rambut KUSUT
    Seorang lelaki yang sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.


    Rambut BERUBAN
    Seorang lelaki yang kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri.


    Rambut MOHICAN atau PUNK
    Seorang lelaki yang pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.


    Rambut BOTAK
    Seorang lelaki yang open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya.


    Rambut ALA ' ZAIBO '
    Seorang lelaki yang sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' E.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salah tafsir.


    Rambut PALSU
    Seorang lelaki yang bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.


    Sikap Lelaki dan Rambut | Rahsia Sifat hanyalah informasi ringan sekadar menambah pengetahuan. Info Jenaka

    Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
    ~ Surah Al-Tin:4

    Sumber : Infomedia-my.blogspot.com
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    © JomLepak! Blog All Rights Reserved