Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Pelakon komedi terkenal S.Shamsuddin meninggal dunia

on Tuesday, June 4, 2013

PELAKON komedi terkenal era 1950-an, seniman S.Shamsuddin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Sudin meninggal dunia akibat serangan jantung di keediamannya di Bukit Batu Avenue, Jurong di Singapura sekitar pukul 10.56 pagi ini.
Menurut anak perempuan Pak Sudin, Noredah bapanya tidak mengadu ada mengadu apa-apa kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Bapa tidak ada mengadu apa-apa kesakitan sebelum beliau meninggal dunia. Kami sekeluarga agak terkejut dengan pemergiannya. Tolong doakan yang terbaik untuk bapa,” kata Noredah ketika dihubungi Yahoo! Malaysia.

Tambah Noredah, Allahyarham sememangnya sudah lama menderita sakit dan menjalani rawatan di hospital di Singapura selepas mengalami keretakan tulang pinggul setelah jatuh dari katil di rumah anaknya. 



Selain itu, Pak Sudin juga mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-parunya – iaitu penyakit yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu. 

Pengebumian akan berlangsung pada hari esok di tanah perkuburan Islam Jurong. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puteh Esmoon dan tujuh orang anak.

Yahoo! Malaysia mengucapkan sekalung takziah kepada keluarga Pak Sudin. Moga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Biodata: 
Pak Sudin atau nama penuhnya Sahamsudin Dali dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura. Beliau terkenal sebagai pelakon dan pelawak filem Melayu sekitar tahun 1950an dan 1960an. 

Sinonim dengan watak-watak lucu dalam filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee termasuk Nujum Pak Belalang, Dia Ibuku, Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.

Allahyarham turut menbintangi filem seram Pontianak Harum Sundal 2 arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba pada tahun 2005. 

Beliau pernah dianugerahkan Aktor Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-2 (FFM2) pada tahun 1981. Tiga tahun lalu, Allahyarham turut dinobatkan Anugerah Khas Aktor Komedi di FFM22. 

[Sumber]

Anak Tauke Belacan Curi Audi R8



Dua beradik antara tiga suspek yang dicekup polis selepas berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa kerana melarikan sebuah kereta mewah Audi R8 dari sebuah bilik pameran kereta di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Khamis lalu. 

Dalam serbuan pada jam 2 petang kelmarin, seorang lelaki berusia 33 tahun dan adik perempuannya berusia 26 tahun serta seorang lelaki lain berusia 31 tahun ditahan di rumah keluarga dua beradik terbabit di Kampung Kurung Tengar, Kuala Perlis, bersama kereta mewah bernilai lebih RM500,000 itu. 

Difahamkan, kedua-duanya yang juga anak kepada pengusaha belacan di negeri ini dikatakan pulang ke kampung mereka sejak beberapa hari lalu dengan menaiki kereta terbabit yang dilarikan dari sebuah bilik pameran kereta di ibu kota. 

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri Superintendan Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, dalam kejadian Khamis lalu, ketiga-tiga suspek melarikan kereta mewah berkenaan selepas memandu uji kenderaan mewah itu apabila menipu kononnya mahu membelinya. 

Katanya, sebaik melarikan kereta itu, suspek membawanya sehingga ke Perlis sebelum disembunyikan di tempat letak kereta di rumah orang tua dua beradik berkenaan.


Gunung Kinabalu Terus Jadi Tarikan Utama Pelancong

on Sunday, June 2, 2013



KOTA KINABALU – Gunung Kinabalu yang menjadi mercu tanda Malaysia, terutama Sabah terus menjadi tarikan utama pelancong ke negeri ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Beliau berkata selain itu, Sabah yang mempunyai lebih 32 kumpulan etnik menjadikan ia sebuah negeri yang kaya dengan khazanah budaya yang unik.
“Saya dapat merasakan masyarakat di Sabah sudah mengamalkan budaya 1Malaysia sebelum ia diperkenalkan Perdana Menteri lagi…ini adalah satu keunikan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke program Promosi Kraftangan di Lintasan Deasoka dan Pasar Ahad Gaya Street di sini, Ahad.
Mohamed Nazri berkata kementerian juga akan memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi memaju dan mengembangkan industri serta produk pelancongan yang terdapat di ‘Negeri Di Bawah Bayu’ ini.
“Ini termasuk menambah baik program inap desa di Simpang Mengayau (Kudat)yang menyediakan kemudahan kepada pelancong untuk menikmati keindahan sewaktu matahari terbenam. “Walaupun saya bukan orang Sabah tetapi saya akan mempromosikan negeri ini …dan menjadikan Sabah destinasi utama pusat pelancongan di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata kemudahan dari segi pengangkutan udara turut diberi perhatian memandangkan perhubungan ke Sabah melalui kapal terbang mempunyai ruang untuk diperbaiki.
“Di samping itu, lampu-lampu di jalan raya terutama di kawasan Kota Kinabalu dan kawasan kependudukan juga akan diberi perhatian dengan kerjasama kerajaan tempatan,” katanya yang turut melawat ke Lembaga Pelancongan Sabah di sini.
BERNAMA

Aksi Ngeri Bomba Klang Memotong Cincin Melekat Di Jari

Kejadian yang berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang tersebut melibatkan dua orang mangsa yang gagal menanggalkan cincin yang melekat pada jari masing – masing. Oleh yang demikian, jari mangsa yang memakai cincin membengkak.



Menurut laporan, pada jam 6.23 petang semalam, Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Raja, Shah Alam telah menerima panggilan kecemasan daripada Balai Bomba Sri Andalas memotong cincin  yang melekat pada jari dua mangsa di hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.


Tiga orang anggota Bomba yang diketuai oleh Mohd Faizal Samsudin bersama dua anggota lain, Mohd Zainal Hashim dan Muhamad Hafiz  Hussin telah bergegas ke tempat kejadian.


Mangsa terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan tiga tahun dan seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an.


Kecekapan dan ketelitian anggota-anggota bomba terbabit semasa melakukan kerja mereka akhirnya berjaya memisahkan cincin tersebut daripada jari kedua-dua orang mangsa, Tahniah! 

(FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

Ibu Buta Jual Empat Anak

on Saturday, June 1, 2013

Beijing: Seorang wanita China yang buta mengaku menjual empat daripada anaknya untuk menyara keluarga kerana masalah kewangan.
Antara tahun 2005 dan 2012, wanita dari Shibei di Mianyang, Du Xiurong mengaku menyerahkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki kepada pasangan lain.
Secara keseluruhan, Du melahirkan enam orang anak tetapi ketika ini cuma membesarkan dua daripada mereka, masing-masing seorang anak lelaki dan perempuan. Menurut Du, dia tidak ada pilihan kecuali menjual anaknya kepada orang lain untuk mendapatkan wang.
“Jika saya tidak buta, saya tidak akan tergamak menyerahkan mereka ke tangan orang lain,” katanya. Du berkata, dia tidak menjual anak-anaknya, tetapi menyerahkan mereka dan mendapat sedikit imbuhan atas susah payah dialami sepanjang tempoh kehamilan. Du juga mengakui sayang kepada kanak-kanak.
“Jika saya mampu, tentu saya akan membesarkan mereka sendiri, tetapi keadaan tidak mengizinkan memaksa saya mencari keluarga lain untuk anak-anak,” katanya. Mendakwa tidak melakukan kesalahan, Du berkata, hanya keluarga yang berada tetapi tidak mampu memiliki anak dipilih untuk membesarkan zuriatnya.
“Mereka mahukan anak dan saya membantu mereka,” katanya. Menurut Du, orang kaya memiliki kemampuan kewangan untuk mengahwinkan anak perempuan, manakala keluarga pertengahan mendapat wang atas perkahwinan anak perempuan mereka. “Bagi orang miskin, kami menjual anak-anak untuk mendapat wang,” katanya. Januari lalu Du ditahan kerana kesalahan menjual bayi tetapi dia dibebaskan tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mempertimbangkan kecacatannya. Mengenai masalah penglihatannya, Du berkata, dia terbabit dalam kemalangan ketika berusia lima tahun.
DU yang cacat penglihatan sejak berusia lima tahun dianggap sebagai beban kepada keluarganya.
Sembilan tahun kemudian, dia dikahwinkan dengan seorang lelaki selepas keluarga melihat dia sebagai beban.
“Ibu dan bapa mahu menyisihkan saya secepat mungkin.
“Sebaik saja ada lelaki yang mahu mengahwini saya, mereka tidak menunggu lama bersetuju,” katanya. Namun, nasib malang terus menimpa Du.
Lelaki yang menjadi suaminya didapati gagal mendapat pekerjaan tetap menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kesukaran.
Du melahirkan anak sulung (lelaki) Cheng Jin, pada 1991 dan sembilan tahun kemudian, melahirkan anak kedua (perempuan), Sun Miao. Ketika ini Du masih membesarkan sendiri Cheng dan Sun manakala anak yang lain diserahkan kepada keluarga yang mahukan anak angkat.
Anak keduanya dijual pada harga (RM1,261) pada 2005. - Daily Mail

Blackberry Angelhack tawar hadiah RM30,703



Blackberry menjalin perkongsian dengan AngelHack untuk mengendalikan pertandingan Blackberry-AngelHack Start-Up Challenge Asia Pasifik, yang menyasar penyertaan usahawan, pemaju dan peminat teknologi.

Syarikat telefon pintar terkemuka global itu dalam kenyataannya semalam berkata, peserta akan bukan saja berpeluang untuk memenangi telefon pintar BlackBerry Z10 malah turut memenangi hadiah utama AS$10,000 (RM30,703).
Peserta perlu menghadiri satu acara AngelHack di Asia Pasifik dan berdaftar pada majlis acara itu.


Pasukan perlu mengemukakan pelan perniagaan baru pasukan berkenaan termasuk BlackBerry 10 ketika mengemukakan pendaftaran, katanya.

Acara itu akan diadakan di Cyberjaya pada 8 hingga 9 Jun ini.

Selepas mendaftar, peserta perlu membuat reka bentuk dalam tempoh 30 hari dari acara yang dihadiri di AngelHack.

Guna tablet BlackBerry PlayBook
Satu permohonan prototaip yang boleh diguna menggunakan tablet BlackBerry PlayBook atau platform BlackBerry 10.

Permohonan juga perlu dikemukakan menggunakan BlackBerry 10 Native atau pembangun alatan Web atau kerangka sokongan pembangunan bagi BlackBerry 10.
Peserta akan dibantu oleh pakar BlackBerry melalui proses pembangunan itu, katanya.

BlackBerry berkata, dua ahli dari setiap pasukan akan diterbangkan ke BlackBerry Jam Asia 2013 di Hong Kong, bagi mengambil bahagian di dalam bengkel pementoran oleh mentor AngelHack dan pakar teknikal dan pembangunan perniagaan BlackBerry.

Akhirnya, pasukan akan bersaing melawan satu sama lain di hadapan penonton Jam Asia bagi memenangi hadiah utama, katanya.

BERNAMA

Gambar, Bayi Ajaib Terselamat Walaupun Di Pam Ke Dalam Paip Tandas

on Friday, May 31, 2013

  Seorang bayi yang baru dilahirkan tetapi telah dipam masuk kedalam paip tandas akhirnya 
diselamatkan anggota bomba dalam satu kejadian di China.


Bayi berkenaan diselamatkan dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak 
betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa orang pejalan kaki mendengar
 dia menangis



Polis yang menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan 
gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, 
bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang




Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya
 bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.


Doktor yang memotong paip itu terpaksa berhati-hati bimbang kecederaan bayi, kerja
 tersebut dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 
kilogram itu.



Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena
 nombor inkubatornya, selamat dan stabil.



Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam
 dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu.



Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan
 membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. Adakah 
mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding 
kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.”



Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang
 dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga
 yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak.













Tabung Mangsa Bot Ekspres Belaga




SIBU: Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa bot karam di Belaga boleh menghulurkan sumbangan ke Tabung Mangsa Bot Ekspres Belaga di Pejabat Residen Sibu.

Residen Bahagian Sibu Sim Kok Kee berkata, orang perseorangan, pertubuhan, agensi awam dan swasta, badan korporat dan dermawan di bahagian ini boleh menghulurkan sumbangan atau derma mereka ke tabung terbabit.

“Orang ramai boleh menghulurkan derma atau sumbangan mereka ke tabung ini bermula 31 Mei hingga 30 Jun,” ujarnya pada satu sidang media, petang semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Bahagian Sibu Dr Zufar Yadi Brenden Abdullah.

Menurut Sim, orang ramai boleh menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai atau cek di Pejabat Residen Sibu di Tingkat 9, Wisma Sanyan pada waktu pejabat.

Di samping itu, katanya, orang ramai juga boleh menghulurkan sumbangan mereka di Pejabat Daerah Kanowit dan Pejabat Daerah Sela-ngau.

“Ramai pihak yang prihatin serta ingin menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa bot karam tetapi tidak tahu saluran yang betul.

“Oleh itu, mulai esok (hari ini) mereka boleh menghulurkan sumbangan tersebut kepada Tabung Mangsa Bot Ekspres Belaga untuk disalurkan kepada mangsa yang terlibat,” katanya sambil menambah Pejabat Residen di sini hanya membantu mengumpul derma daripada orang ramai.

Pejabat Residen Sibu, jelas Sim, tidak terlibat dalam pengagihan derma kepada mangsa, sebaliknya kerja-kerja pengagihan ini dilakukan oleh Pejabat Residen Kapit.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai tabung ini, boleh menghubungi Pejabat Residen Sibu melalui talian 084-321963, 084-332581 dan 084-330202.


Berenang 2.5km ke Tebing Sungai




Kapit: Dua mangsa tersenarai sebagai hilang dalam tragedi bot karam di Jeram Bungan (Tanjong Giam), Sungai Rejang Selasa lalu, iaitu Hendry Ayo Linggi, 35, dan Akong Empan, 50-an, dilaporkan selamat. 

Kedua-dua mereka kini bersama keluarga di rumah panjang Nanga Ensawi, di sini, selepas pulang terus sebaik berjaya menyelamatkan diri pada hari kejadian, Selasa lalu. 
Pada hari kejadian, kedua-dua mereka berjaya menyelamatkan diri dengan berenang sejauh 2.5 kilometer sebelum berehat keletihan di tebingan Sungai Rejang. 


Anak saudara Hendry, Connie Menai (gambar), 25, berkata pakciknya bersama Akong bernasib baik kerana sebuah tongkang minyak kebetulan melalui kawasan nahas bot karam dan melihat mereka keletihan di tebing sungai. 

Keletihan 

Mereka berenang sejauh 2.5 kilometer sebelum berehat di tebingan sungai kerana keletihan. Selang setengah jam selepas itu, ada tongkang minyak lalu dan mereka menumpang tongkang berkenaan. Kira-kira jam 3 petang, hari sama, mereka selamat sampai ke rumah panjang, katanya. 

Beliau ditemui selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit, semalam. 
Connie tampil membuat laporan selepas nama Hendry dan Akong tersenarai di kalangan mereka yang masih hilang seperti diumumkan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, kelmarin.


[Sumber]



GEMPAR!!! BOT EXPRESS BELAGA KARAM

on Wednesday, May 29, 2013

  


 Difahamkan satu tragedi berlaku melibatkan bot ekspres yang karam di Belaga. Menurut sumber, bot malang berkenaan membawa penumpang yang melebihi sehingga mengakibatkan bot tersebut terbalik.

Jumlah mangsa belum ditentukan dan belum ada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Difahamkan YB Liwan berada di tempat kejadian masa ini.

Admin akan membawa perkembangan terbaru dari semasa ke semasa.

Pegawai Daerah Belaga mengesahkan bot ekspress itu karam 1 jam selepas berlepas dari Jeti Belaga pada jam 8.00 pagi.

Sumber : MantakKayau

Belut Berjalan Di Dalam Perut

on Monday, May 6, 2013


Masalah gila seks ni kadang-kadang mendatangkan kesan memudaratkan pada diri kita. Contohnya, seorang penagih porno di Guangdong  menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.

Lelaki yang berasal dari selatan China itu melakukan aksi tidak bermoral tersebut terpengaruh dengan suatu babak dalam satu filem porno.
Lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.”

Niat untuk memuaskan diri berakhir tragedi. Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.

“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.

“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.

“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis. – Daily Mail

Admin ingin pesan kepada yang gila porno diluar sana agar jangan gunakan haiwan sebagai pemuas nafsu. Itulah guna perkahwinan. kalau tak tahan sangat kahwin cepat-2 .


Ketahui Ciri-Ciri Baju Dalam Antirogol Untuk Elak Jenayah Seksual

on Wednesday, May 1, 2013

Pakaian Dalam Yang Dikatakan Mampu Menghalang Serangan Seksual - Berita Harian

New Delhi: Sekumpulan penuntut kejuruteraan di India mencipta baju dalam antirogol yang didakwa mampu menghalang jenayah rogol dan serangan seksual lain.

Baju dalam perlindungan itu dicipta untuk mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan.

Pakaian dalam yang dibantu teknologi itu, dinamakan sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang.

“Pakaian dalam dengan sistem pengesanan global, sistem global bagi komunikasi telefon bimbit (GSM) dan pengesan tekanan mampu mengalirkan arus kejutan sehingga 3,800 kilovolt selain memberi amaran kepada ibu bapa dan polis.

“Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan eletrik dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan India selain kepada ibu bapa mangsa,” kata Manisha Mohan, yang membantu membangunkan produk itu kepada Times of India. - AGENSI




Keadaan Mercedes-Benz SLS AMG Selepas Langgar Jambatan Di Jerman

on Wednesday, April 24, 2013

Seorang pemandu lelaki yang membawa kereta Mercedes-Benz SLS AMG telah melanggar sebuah tiang jambatan di Jerman. Kemalangan dipercayai berlaku disebabkan pemandu lelaki berkenaan memandu melebihi 140km/j. Pemandu dan penumpang dikatakan maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala. 










(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada laman http://www.gilerkentang.com)

Wanita Berjogging Ditikam Mati

on Monday, April 22, 2013

PETALING JAYA: Seorang wanita berusia 52 tahun yang keluar berjogging dengan ahli-ahli keluarganya dan seorang rakan di Bukit Gasing, di sini, pada petang Sabtu lalu meninggal dunia akibat ditikam selepas diserang oleh penyerangnya.



Ong Ai Sam dan anak perempuannya, yang berjogging beberapa meter daripada suami dan rakannya, telah didatangi oleh dua lelaki di atas motosikal, yang bersenjatakan pisau dan memakai topi keledar lengkap.
Mereka meminta beg sandang yang dibawa oleh mangsa.
“Dia pada mulanya melawan dan pergelutan berlaku. Ong menjerit kepada anaknya untuk mendapatkan bantuan.
“Salah seorang deripada suspek kemudian menikam mangsa beberapa kali,” kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.
“Apabila anaknya kembali dengan wanita lain, dia melihat ibunya terbaring dipenuhi dengan darah.
“Ong, yang pernah bekerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah di Taman Megah, disahkan mati selepas tiba di Pusat Perubatan Universiti Malaya beberapa minit kemudian.”.
Beliau berkata selain ditikam di dada dan paha, paru-paru Ong juga telah dicucuk. Beliau menambah bahawa lelaki itu gagal merampas beg Ong.
“Mereka kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dengan tangan kosong dalam tempoh beberapa minit kemudian. Kami sedang menyiasat apa sebenarnya yang berlaku.
“Kami sedang meneliti kamera rakaman televisyen litar tertutup di kawasan itu.
“Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis yang terdekat.”.
Kes ini sedang disiasat sebagai kes bunuh.

(sumber : Berita Harian)

Punca Sebenar Kemalangan Maut Di Federal Highway






Satu kemalangan ngeri yang melibatkan kematian telah berlaku di Federal Highway pada jam 4 pagi semalam.Berita yang keluar dalam tv menyatakan kemalangan itu melibatkan 2 buah kereta dan beberapa buah motosikal.

Mari kita dengar cerita punca sebenar kemalangan yang diceritakan sendiri oleh salah seorang mereka yang terselamat :

 " Ni ha aku cerita camne leh eksiden. Member aku 3 orang rantai putus.Then berhenti di laluan kecemasan.Time tolak moto yang rantai putus tu sorang member aku nampak dah kereta terhuyung-hayang atas jalan. Dia suruh kawan-kawan aku semua elak tapi tak sempat. Hanya sorang je yang sempat yang nampak kereta tu. Then ada sebiji kete lagi benti tengah jalan sebab nak elak kenderaan lain gilis mangsa yang tercampak ke tengah jalan.Lepas tu datang beberapa moto rempuh kereta tadi tak sempat nak elak."

Dengar nya kereta yang terhuyung-hayang tu memandu dalam keadaan mabuk/mengantuk. Apa-apa pun semua telah tejadi mari sama-sama kita sedekah kan Al-Fatihah kepada mangsa yang juga saudara Islam kita. Takziah kepada keluarga.

janganlah kita membawa kenderaan dengan keadaan yang tidak waras (mabuk). kerana boleh membahayakan keselamatan sendiri dan orang lain.. renung-renungkan lah....

(sumber : Busuk.org)

Wanita Terjun dari Tingkat 4 di Wisma Sanyan

on Saturday, April 20, 2013




SERIUS : KES BUNUH DIRI DI WISMA SANYAN SIBU | Seorang wanita berbangsa cina berumur dalam lingkungan 30-an dilaporkan telah terjun dari tingkat 4 Wisma Sanyan, Sibu petang semalam. Punca bunuh diri dikatakan berkaitan dengan putus cinta.

GADIS HANGUS TERBAKAR SELAMATKAN IBU

on Wednesday, April 10, 2013

Seorang gadis 13 tahun bernama Yan Qianyu dari Dengzhou City China, teruk terbakar kerana ingin menyelamatkan ibunya daripada kebakaran yang berlaku di rumah mereka pada 17 Mac, 2013 lalu. Kebakaran berpunca daripada puntung rokok yang terkena pada minyak yang terdapat dalam rumah tersebut.















Mayat seorang bayi perempuan tanpa kepala ditemui terapung di perairan Pulau Nunuyan, Sandakan

on Friday, April 5, 2013

Mayat seorang bayi perempuan tanpa kepala ditemui terapung di perairan Pulau Nunuyan, Sandakan | SANDAKAN: Mayat seorang bayi perempuan tanpa kepala ditemui terapung di perairan Pulau Nunuyan di sini hari ini.(semalam)

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata mayat bayi malang yang dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan itu ditemui penduduk kampung pada kira-kira 6 petang.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan, untuk dibedah siasat.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved