Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Ketahui 5 Jenis Makanan Yang Perlu Dijauhkan Dari Kanak-Kanak

on Wednesday, January 22, 2014


Setiap ibubapa menginginkan anak mereka membesar dengan sihat. Salah satu faktor anak-anak membesar dengan sihat adalah pemakanan. Namun, kini terdapat pelbagai jenis makanan yang tidak sihat lebih-lebih lagi jenis makanan segera atau Instant Food / Fast Food
Golongan dewasa tentulah faham yang makanan sihat itu terdiri daripada bahan-bahan segar seperti ayam, ikan, salad dan sayuran hijau. Buah-buahan segar pula digunakan sebagai pencuci mulut atau pembuka selera. Keadaan berlaku sebaliknya kepada kanak-kanak. Mereka menganggap makanan sedemikian sebagai jijk, membosankan, hambar dan lebih teruk ia dianggap sebagai racun !
Keadaan inilah yang menyebabkan kanak-kanak berperang dengan makanan dan isu ini adalah sangat mengecewakan. Namun adalah penting terutamanya ibu bapa menjadi contoh terbaik menggalakkan pemakanan sihat. Yakinlah, bahawa suatu hari nanti, anak anda akan berterima kasih kepada anda kerana menyuapkannya dengan makanan yang sihat.
Saban hari, terlalu banyak makanan yang nampak lazat tetapi pada hakikatnya makanan tersebut mengandungi nilai pemakanan yang kecil berbanding pengawet, gula dan lemak yang digunakan.
Tetapi, bagaimana anda boleh tahu makanan yang boleh dielakkan ?
Untuk membantu anda membuat keputusan, terdapat 5 senarai makanan yang perlu dielakkan tetapi lazim diberi kepada kanak-kanak di Malaysia sama ada bersarapan, makan tengahari, makan malam atau makanan ringan.

Periksa kandungan gula dalam bijirin semasa sarapan pagi
1. Bijirin untuk sarapan pagi.
Tidak dinafikan, apabila tiba waktu bersarapan, bijirin menjadi salah satu pilihan ibubapa di Malaysia untuk anak-anak bersarapan. Setiap hari kita dimomokkan di televisyen dengan iklan-iklan bijirin yang dimakan bersama susu dan sebagainya. Bijirin sememangnya mensasarkan kanak-kanak kerana golongan itu mudah dipengaruhi. Ditambah pula dengan pembungkusan yang menarik dan berwarna-warni. Hakikatnya, kuantiti gula yang digunakan amatlah melebihi keperluan bagi seorang kanak-kanak.

Jauhi burger dan daging proses yang lain
2. Daging proses
Ya, daging proses memang cepat untuk disediakan. Cuma keluarkan dari peti sejuk, dinyahbeku kemudian goreng dan siap untuk dimakan. Namun tidak kita perasan bahawa makanan ini sebenarnya ibarat span menyerap minyak masak yang digunakan semasa menggoreng ditambah lagi dengan pengawet digunakan. Ini akan meningkatkan lagi risiko sakit jantung dan lebih teruk lagi kanser. Kesannya tidaklah drastik tetapi jangka masa panjang.

“French Fries” tidak bagus untuk kesihatan
3. Kentang Goreng
Tiada cara lain mengelakkan makanan ini sekiranya memang sudah tersenarai dalam makanan mingguan anak-anak anda. Namun masalah sebenar adalah apabila member anak-anak kentang goreng setiap kali makan. Kentang goreng tidak menyediakan nilai nutrisi kepada anak-anak, sebaliknya kandungan lemak dan garam yang amat tinggi!



Makan pizza kerana malas masak tidak sepatutnya berlaku
4. Pizza
Dibandar, khususnya Kuala Lumpur, makanan segera seperti pizza ini tidak asing lagi. Ibu bapa yang penat seharian bekerja memlilih untuk menghubungi pizza dan menunggu ianya sampai di depan rumah. Namun ia sememangnya tidak sihat kerana pengawet disamping lemak dan kalori yang tinggi.

Kurangkan pemakanan keropok dan makanan bergoreng
5. Snek Ringan / Keropok.
Kebanyakan makanan jenis ini dihasilkan dengan tepung yang diproses kemudian ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang boleh menyebabkan tahap kolestrol yang tinggi. Oleh hal yang demikian, amatlah tidak digalakkan sama sekali untuk memberi anak-anak anda memakan snek seperti ini
Kesimpulannya, sekiranya anda memahami cadangan sebenar, adalah dijamin anak anda akan berasa dan menikmati hidup yang lebih sihat pada masa akan datang.
sumber: siraplimau.com

Kebaikan Berlari Sambil Mendengar Muzik

on Thursday, June 6, 2013

Walaupun memenatkan, tetapi dengan iringan muzik, aktiviti berlari sememangnya menyeronokkan di samping memberikan motivasi kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan.

Kajian yang dibuat oleh Runner’s World terhadap seramai 3,523 pelari di seluruh dunia mendapati bahawa seramai 73% daripada pelari tersebut lebih gemar berlari sekiranya ditemani dengan muzik.



Di samping itu, kajian saintifik yang dibuat oleh Profesor Andy Lane, seorang pakar psikologi sukan dari Universiti Wolverhampton juga menunjukkan bahawa muzik membantu meningkatkan lagi motivasi untuk banyakkan berlari. Tambahnya lagi, kebanyakan orang akan memberi pertimbangan kepada lima perkara berkaitan muzik sebelum berlari iaitu rentak, genre, lirik, memori yang dibawa oleh muzik serta kompilasi lagu.


Dalam pada itu, Profesor Costas Karageorghis dari Universiti Brunei juga mendapati bahawa muzik bukan sahaja menggalakkan orang ramai untuk bersenam, malah, muzik yang disenangi membantu pelari dari banyak memberikan perhatian terhadap rasa sakit atau lenguh ketika berlari.

Syampu kering sesuai buat mereka kesuntukan masa

on Wednesday, June 5, 2013

Cucian rambut yang terlalu kerap boleh menyebabkan rambut anda kering dan warna rambut menjadi pudar. Bagi mengekalkan warna dan kelembapan rambut, anda dinasihatkan untuk mencuci rambut hanya 2-3 kali seminggu.

Selain itu, jika anda kesuntukan masa dan perlu untuk menyegarkan rambut anda (selepas bersukan, sebelum keluar malam dan sebagainya), 'dry shampoo' atau syampu kering berfungsi sebagai pilihan yang hebat, terutama sekali sesuai buat wanita moden yang sering sibuk bekerja!



Syampu kering adalah bahan serbuk yang digunakan untuk membersihkan rambut apabila anda mahu melanjutkan tempoh rambut yang telah digayakan atau apabila anda enggan menggunakan air dan syampu biasa.

Apabila rambut anda kelihatan berminyak, biasanya hanya akar (dekat dengan kulit kepala) yang perlu dibersihkan. Bahan-bahan dalam syampu kering akan menyerap minyak dan kotoran pada kulit kepala, sekaligus menjadikan rambut anda kelihatan segar tanpa membuang banyak masa.

Terdapat dua jenis syampu kering iaitu yang berbentuk serbuk dan berbentuk aerosol (semburan). Serbuk syampu kering boleh digunakan terus ke kulit kepala dari botol dengan menggunakan berus rambut atau diurut menggunakan tangan.

Aerosol syampu kering boleh disembur beberapa inci dari kulit kepala dan boleh menggunakan berus rambut atau diurut kawasan kulit kepala tersebut.


Tidak kira yang mana menjadi pilihan anda, syampu kering tetap akan membantu untuk menyerap minyak berlebihan dan tidak semestinya akan membersihkan kotoran atau daki, walaupun ia mungkin berbau harum.

8 Jenis Penyakit yang Boleh Dicegah dengan Berjalan Kaki

on Saturday, June 1, 2013

Sekurang-Kurangnya 8 Penyakit Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki. Jika selama ini anda malas untuk berjalan kaki, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan kaki boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.




Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan kaki kerana dapat mengelakkan daripada banyak penyakit yang berbahaya. Berikut merupakan 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan hanya berjalan kaki :
1. Serangan Jantung: Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi secara normal untuk mengepam darah tanpa henti.
Berjalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Berjalan kaki dengan lebih kerap dapat mendatangkan kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki dengan pantas.
Berjalan kaki merupakan satu alternatif yang terbaik untuk mencegah serangan sakit jantung kerja berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke: Satu kajian dilakukan terhadap 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun sehingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak: Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan: jika anda memppunyai berat badan yang berlebihan, luangkanlah masa untuk berjalan kaki. Pergerakan kaki melibatkan seluruh tubuh dan mampu untuk menurunkan berat badan serta lemak yang ada terutama di bahagian perut. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser: Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Sebagai mana yang kita ketahui, pergerakan badan dapat melancarkan peristaltik usus, sehingga membolehkan proses untuk membuang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan juga boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis: Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinaran matahari pada waktu pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis: Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempoh selama 50 minit juga mampu mencegah penyakit diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Stres: Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti-stres yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit tekanan emosi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki kerana dapat menyembuhkan stres yang boleh mengganggu rutin aktiviti harian anda.

Makan Ikan Boleh Memanjangkan Usia?

on Friday, May 31, 2013




Bagi mereka yang telah berusia 65 tahun dan ke atas serta mengambil makanan yang mengandungi banyak protein seperti ikan dikatakan mampu memanjangkan usia sekurang-kurangnya dua tahun lebih berbanding dengan mereka yang tidak mengambil asid lemak omega-3 yang biasanya didapati dalam makanan laut.

Menurut satu kajian dari Amerika Syarikat, mereka yang memiliki tahap asid lemak omega-3 lebih tinggi juga secara keseluruhannya dapat mengurangkan sebanyak 27% risiko kematian lebih awal.

Ia juga mengurangkan sehingga 35% risiko mati akibat sakit jantung berbanding mereka yang mempunyai tahap darah lebih rendah.

Penyelidikan yang diketuai oleh saintis di Sekolah Kesihatan Harvard dan telah disiarkan di Annals of Internal Medicine.

Penyelidikan yang lain juga menunjukkan perkaitan antara asid lemak omega-3 dan risiko penyakit jantung, kajian terbaru tersebut telah memeriksa rekod orang lebih tua untuk menentukan sebarang perkaitan antara makan ikan dan risiko kematian.

Penyelidik melakukan imbasan terhadap data 16 tahun membabitkan 2,700 orang dewasa yang berusia dalam lingkungan 65 tahun dan ke atas.

Responden kajian tidak mengambil makanan tambahan minyak ikan, bagi mengelak kekeliruan pengambilan makanan tambahan dan perbezaan diet. - AGENSI

[Sumber]

5 Punca Mata Cepat Letih

on Thursday, May 2, 2013




Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar akan punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih. Antaranya adalah..
Terlalu fokus-  Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

Masalah mata- Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar.
Sistem pencahayaan yang tidak baik- Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot sphincter dan dilatory untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
Bekerja lebih masa- Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka akaun fb, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.
Jarang berkelip- Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

Betapa Azabnya Gadis Ini Tersedu Setiap Dua Saat

on Wednesday, May 1, 2013

Januari lalu, seorang pelajar mengalami sedu yang dianggapnya biasa ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah. Walau bagaimanapun, kehidupan Emily Marsh mula berubah apabila sedunya itu tidak berhenti sehingga kini, malah dia tersedu setiap dua saat.


Gejala itu, kata Emily, 13, turut berlaku walaupun ketika dia tidur. Pakar perubatan kebingungan untuk menjelaskan masalah yang dihadapi Emily dan belum menemui penyelesaian bagi mengatasinya.

Seminggu selepas menyedari akan perkara yang dianggapnya aneh itu, kata Emily, dia menjalani beberapa ujian perubatan di Hospital St Helier, Surrey.

“Saya melalui beberapa siri imbasan, X-ray dada, pemeriksaan endoskopi, ujian pernafasan serta kajian gastrik,” katanya. Doktor juga, memberinya pelbagai jenis ubat yang setakat ini belum membuahkan sebarang hasil.

“Saya juga pernah mencuba kaedah rawatan hipnosis tetapi masih belum berhasil,” katanya. Dia juga mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan alternatif. Kata Emily, selain menyakitkan, gejala itu memang memenatkan apabila terpaksa tersedu dalam kekerapan yang tinggi.

Disebabkan masalah itu, Emily diberi perlepasan setiap tengah hari di sekolahnya untuk membolehkan dia berehat sebelum menyambung semula pembelajarannya.


Sementara itu, ibu Emily, Cathy Barrett, 45, berkata dia rela mencuba apa saja kaedah perubatan asalkan anaknya kembali ke keadaan asal.

-Daily Mail

Tertekan? Tujuh Tips Untuk Rasa Lebih Baik

on Friday, April 26, 2013



Kajian mendapati bahawa berhadapan dengan tekanan melampau boleh menyebabkan keburukan kepada kesihatan dan kebahagiaan anda. Berikut adalah tujuh cara yang sihat untuk menguruskan tekanan setiap hari dan berasa lebih baik dan lebih ceria.

dsdsa5b3

1. Kesan segera – Langkah pertama dalam menjinakkan tekanan ialah menyedari pencetusnya, dan mengambil langkah-langkah untuk menenangkan diri anda dengan segera. Lifehacker menasihatkan anda untuk menyedari sendiri “refleksi tekanan” sebaik sahaja ia bermula. Rasai sendiri nadi anda bergerak cepat dari kebiasaan dan membuat rancangan sebelum anda meneruskan tugas anda. Berfikirlah secara logik sama ada bernilai atau tidak untuk mendapat tekanan yang berlebihan itu.
2. Ubah postur anda – Menurut Lifehacker, orang yang berdiri lebih tinggi dari kedudukan asal mereka dengan bahu kebelakang dan dada yang terbuka, tahap tekanan mereka dapat dikurangkan, walaupun mereka mengubah postur badan hanya untuk beberapa minit sahaja.
3. Matikan telefon anda, pergi ke luar – Jika anda rasa tertekan, matikan telefon anda dan berjalan keluar. Beberapa kajian menunjukkan menghabiskan masa dengan alam semula jadi dapat meningkatkan kesejahteraan, mengurangkan kebimbangan, tekanan dan kemurungan, dan juga meningkatkan keyakinan diri, terutamanya di kalangan wanita,
4. Senaman – Bersenam sehingga berpeluh sangat baik bukan sahaja meningkatkan mood anda, tetapi kajian mendapati bahawa ia boleh melegakan kebimbangan dan persediaan yang lebih baik anda untuk peristiwa atau pengalaman yang memberi tekanan. Jika anda memerlukan rehat yang cepat ditempat kerja, berjalanlah beberapa kali naik dan turun tangga, atau berjalan di sekitar blok.
5. Ketawa – Kajian menunjukkan bahawa orang yang ketawa “dengan sepenuh hati” pada lakaran komedi juga dapat menikmati perasaan tertinggi dalam mengawal tahap tekanan, Berdasarkan cadangan dari WebMD. alihkan saliran ke bentuk komedi, atau tonton video salah satu pelawak anda kegemaran anda di YouTube.
6. Membuat keputusan – Berada di pesimpangan untuk membuat keputusan boleh menyebabkan tekanan. Menurut Lifehacker, Jika keputusan yang anda perlu buat adalah agak kecil, hanya buat dan bergerak ke depan. Malah jika anda membuat keputusan “salah”, otak anda ada cara untuk “mensintesis semula ke bentuk kebahagiaan,”.
7. Menetapkan matlamat baru – Tetapkan matlamat atau cabar diri sendiri, hanya untuk anda, cadangan daripada laman web NHS. Sebagai contoh, daripada anda pasif menonton televisyen , baik anda bangunkan diri anda dengan pengetahuan dan keyakinan, yang boleh membantu anda menghadapi tekanan hidup ini dengan lebih baik.



sumber : Berita Harian

Ayam Suntik: 10 Perkara Wajib Tahu Untuk Kesihatan Anda

on Monday, April 22, 2013

Ayam ternakan biasanya disuntik dengan vaksin, antibiotik atau enzim samada untuk mencegah penyakit atau mempercepat tumbesaran ayam tersebut, namun ia boleh memudaratkan kesihatan, selain penggunaan enzim babi untuk membesarkan ayam.












Dakwaan 

1. Ayam yang anda makan ada kemungkinan disuntik dengan protein lembu atau babi,menurut kajian yang dilakukan oleh BBC selepas pemerhatian selama 6 bulan di Belanda. Selain itu, terdapat juga laporan di mana ayam yang disuntik dengan lembu dan babi tapi dilabelkan sebagai halal dijual di UK dan beberapa negara Eropah lain.

2. Perkara ini disahkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menyatakan protein lembu atau babi memang digunakan di sesetengah negara Eropah bertujuan mempercepatkan tumbesaran ayam, namun tidak diketahui adakah ianya juga digunakan di Malaysia (Harian Metro).

3. CAP juga mengesahkan ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman, antara kesan sampingan pengambilan ayam yang disuntik hormon estrogen ini terutamanya kepada lelaki adalahmenghadapi masalah gynecomastia atau buah dada mereka membesar dan berisiko menghidap barah payu dara lebih dahsyat daripada wanita (Harian Metro).


4. Menurut Pensyarah Fakulti Farmasi UiTM, Dr Mohd Zulkefeli Md Jusoh, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ayam daging akan membawa ketidakseimbangan hormon kepada tubuh, yang dalam tempoh jangka panjang akan menyebabkan risiko penyakit kanser (Utusan Malaysia).

5. Selain hormon, ayam daging mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan, menurut pakar pemakanan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (Utusan Malaysia).

6. Untuk meningkatkan kelembutan daging ayam, air masin (saltwater) biasanya disuntik ke dalam tubuh ayam dalam satu proses yang digelar plumping. Namun dalam sesetengah kes, kira-kira satu perlima hingga melebihi separuh berat ayam dipenuhi dengan air yang menyebabkan ayam tersebut mengandungi kadar natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

7. Selain itu antibiotik yang digunakan untuk tumbesaran ayam yang kadang-kadang mencapai hingga kadar 20-25% boleh menyebabkan masalah kesihatan. Pengambilan antibiotik dalam jangka masa panjang akan mengganggu bakteria normal dalam tubuh manusia dan menyebabkannya berubah menjadi bakteria yang menyebabkan penyakit, selain membuatkannya bertambah kebal terhadap sebarang ubat-ubatan.


Penafian

8. Namun menurut Prof Dr Zulkifli Idrus, pakar ternakan ayam yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Putra Malaysia, pemberian enzim babi atau suntikan lain tidak digunakan di Malaysia kerana kosnya yang mahal kerana harus diimport dari negara luar, terutamanya dari Amerika Syarikat (Harian Metro)

9. Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), menafikan ayam daging yang ada di pasaran tempatan diberi makanan tambahan dengan enzim babi, selain ianya sihat untuk dimakan kerana pemantauan sering dilakukan oleh jabatan beliau.

Namun beliau mengakui ternakan ayam hari ini disuntik dengan pelbagai vaksin dan antibiotik bagi memastikan haiwan itu tidak mendapat penyakit, tetapi kuantitinya mengikut syarat yang ditetapkan (Harian Metro).

10. Konsultan Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLAM), Dr Abdul Rahman Md Salleh juga menafikan penggunaan enzim babi untuk mempercepat penternakan ayam kerana dengan pengeluaran ayam yang begitu besar (1.2-1.3 juta ekor sehari), penternak tidak mempunyai masa untuk menggunakan enzim tersebut (Harian Metro).


Kesimpulan

Kesimpulannya, kalau rasa ayam yang anda beli mudah busuk, atau yang anda makan di kedai tu saiz dia dah macam kayu baseball atau macam burung unta, fikir-fikirlah sikit untuk kesihatan. Nak lagi senang, beli je ayam kampung atau berhenti terus makan ayam. Hehe.

Jadi macam mana dengan pendapat anda, pernah termakan ayam yang rasa-rasanya termasuk dalam kategori ayam suntik?


Sumber : Penpatah.blogspot.com 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved