Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

TIPS MUDAH PAYUDARA KEKAL ANJAL

on Sunday, April 20, 2014


Penjagaan rapi, saiz coli dan senaman yang betul membentuk kesempurnaan

Ketika masih anak gadis, payudara wanita semestinya cantik membulat, anjal dan padat. Selepas usia mencecah usia 30-an terutama bermula 35 tahun dan ke atas, bentuk payudara akan mulai berubah menjadi mengendur dan tidak seanjal waktu muda dulu. 

Antara faktor lain, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh dan pengabaian penjagaan aset itu menyebabkan payudara jatuh atau kurang menarik. 

Disebabkan faktor berkenaan, pelbagai cara dilakukan dan pendekatan berbeza dilakukan wanita untuk memastikan bentuk payudara untuk kekal menarik, antaranya menyapu krim menganjalkan payudara, melakukan pembedahan kosmetik, selain mengambil makanan tambahan yang mengandungi kolagen. 

Sedar atau tidak, perkara asas malah paling utama perlu diketahui wanita ialah pemilihan dan pemakaian coli secara betul dan sepatutnya diamalkan sejak remaja lagi, di samping pemakanan seimbang atau aktiviti senaman untuk kesihatan anggota itu. 

Sememangnya kerana kurang pendedahan terhadap penjagaan payudara, ramai terpaksa berhadapan dengan masalah kecantikan aset berkenaan. 


Salah pakai coli 

Mengikut Pakar Pengamal Perubatan Cina, K H Lau, cara mengenal pasti wanita itu tidak memakai coli dengan cara betul adalah melihat kepada lelemak yang terkumpul di belakang badannya. 

Jelasnya, dalam mengekalkan payudara yang cantik, wanita perlu menyeluk bahagian tepi payudara sebelah ketiak, menolaknya ke depan dan menongkat asetnya itu ke atas ketika memakai coli. 

Melalui cara itu, segala lemak perlu yang mengisi payudara dapat dikumpul kemas dalam mangkuk coli. 

“Kita lihat, ramai yang belakang badannya khususnya pada bahagian tepi berlipat dengan tali coli sehingga tampak berlapis-lapis membuatkan jelas kelihatan lemak terkumpul. 

“Ini kerana ketika memakai coli mereka tidak menarik payudara mereka ke depan dengan betul dan akibatnya, lemak yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada payudara sudah ‘tertolak’ ke tepi dan belakang badan,” katanya yang turut menafikan ia berlaku disebabkan kerana saiz badan gempal. 

Pemakaian coli tidak sesuai juga katanya membuatkan bentuk payudara wanita kurang menarik. 

Senaman joging, jelas Lau juga tidak sesuai kerana ia akan membuatkan payudara lebih mudah kendur akibat graviti. 


Instrumen senaman payudara 


Melihat alternatif lain untuk mengembalikan bentuk payudara cantik, ada satu alat senaman payu dara dari Taiwan yang direka pereka tempatan yang ketika pameran Perdagangan Kecantikan Profesional Malaysia 2014 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini. 

Daripada pengamatan, alat ini berfungsi seperti mesin mengepam susu badan, namun corong mengepam tertumpu kepada keseluruhan payudara berbanding hanya sekitar puting. 

Lau berkata, apabila mengepam ia menarik aliran darah untuk dilepaskan ke jantung. Menggunakan alat senaman itu sekurang-kurangnya setengah jam sehari dikatakan akan meningkatkan aliran darah menjadikan payudara sihat dan cantik. 

“Bentuk payudara yang menawan membuatkan wanita bukan saja kelihatan menarik memakai apa jua baju, malah lebih berkeyakinan termasuk dengan pasangannya,” katanya.

Jadikan Amalan Membaca Satu ‘Ketagihan’

on Thursday, January 23, 2014


PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia perlu menjadikan amalan membaca sebagai ‘ketagihan’ kerana menerusi pembacaan mereka boleh menjadi masyarakat berproduktiviti tinggi dan mampu bersaing di persada dunia yang semakin mencabar.
Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata dalam dunia tanpa sempadan ketika ini peluang menimba ilmu tersebar luar, justeru masyarakat tidak harus lagi memberikan sebarang alasan.
Katanya minat membaca bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan penulisan dan penerbitan bahan bacaan di negara ini, bahkan juga akan melahirkan lebih ramai intelektual yang dapat menembusi pasaran antarabangsa.
“Dunia kini menuntut kita menguasai seberapa banyak ilmu kerana ilmu itu tiada sempadan. Tiada lagi alasan untuk malas membaca kerana bahan bacaan hari ini terdapat dalam pelbagai bentuk secara bercetak dan juga tidak bercetak,”
katanya ketika merasmikan ‘Karnival Buku Sektor Pengajian Tinggi 2014′, di sini hari ini.
Katanya penjawat awam juga perlu menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai gaya hidup bagi menjadi golongan yang aktif, kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam menjayakan agenda pembangunan negara. – BERNAMA

Kebaikan Berlari Sambil Mendengar Muzik

on Thursday, June 6, 2013

Walaupun memenatkan, tetapi dengan iringan muzik, aktiviti berlari sememangnya menyeronokkan di samping memberikan motivasi kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan.

Kajian yang dibuat oleh Runner’s World terhadap seramai 3,523 pelari di seluruh dunia mendapati bahawa seramai 73% daripada pelari tersebut lebih gemar berlari sekiranya ditemani dengan muzik.



Di samping itu, kajian saintifik yang dibuat oleh Profesor Andy Lane, seorang pakar psikologi sukan dari Universiti Wolverhampton juga menunjukkan bahawa muzik membantu meningkatkan lagi motivasi untuk banyakkan berlari. Tambahnya lagi, kebanyakan orang akan memberi pertimbangan kepada lima perkara berkaitan muzik sebelum berlari iaitu rentak, genre, lirik, memori yang dibawa oleh muzik serta kompilasi lagu.


Dalam pada itu, Profesor Costas Karageorghis dari Universiti Brunei juga mendapati bahawa muzik bukan sahaja menggalakkan orang ramai untuk bersenam, malah, muzik yang disenangi membantu pelari dari banyak memberikan perhatian terhadap rasa sakit atau lenguh ketika berlari.

Kehidupan Dalam Pusat Pemulihan Dadah Di Yunnan

on Wednesday, June 5, 2013

Kehidupan Dalam Pusat Pemulihan Dadah Di Yunnan | Pemulihan dadah ini terletak di daerah Yunnan, China. Cara yang digunakan oleh pusat pemulihan ini lebih tersusun dan teratur jika dibandingkan dengan pusat-pusat yang lain. Terdapat sesi menjahit, sesi melepaskan stress, riadah, permainan dan macam-macam lagi. 












Syampu kering sesuai buat mereka kesuntukan masa

Cucian rambut yang terlalu kerap boleh menyebabkan rambut anda kering dan warna rambut menjadi pudar. Bagi mengekalkan warna dan kelembapan rambut, anda dinasihatkan untuk mencuci rambut hanya 2-3 kali seminggu.

Selain itu, jika anda kesuntukan masa dan perlu untuk menyegarkan rambut anda (selepas bersukan, sebelum keluar malam dan sebagainya), 'dry shampoo' atau syampu kering berfungsi sebagai pilihan yang hebat, terutama sekali sesuai buat wanita moden yang sering sibuk bekerja!



Syampu kering adalah bahan serbuk yang digunakan untuk membersihkan rambut apabila anda mahu melanjutkan tempoh rambut yang telah digayakan atau apabila anda enggan menggunakan air dan syampu biasa.

Apabila rambut anda kelihatan berminyak, biasanya hanya akar (dekat dengan kulit kepala) yang perlu dibersihkan. Bahan-bahan dalam syampu kering akan menyerap minyak dan kotoran pada kulit kepala, sekaligus menjadikan rambut anda kelihatan segar tanpa membuang banyak masa.

Terdapat dua jenis syampu kering iaitu yang berbentuk serbuk dan berbentuk aerosol (semburan). Serbuk syampu kering boleh digunakan terus ke kulit kepala dari botol dengan menggunakan berus rambut atau diurut menggunakan tangan.

Aerosol syampu kering boleh disembur beberapa inci dari kulit kepala dan boleh menggunakan berus rambut atau diurut kawasan kulit kepala tersebut.


Tidak kira yang mana menjadi pilihan anda, syampu kering tetap akan membantu untuk menyerap minyak berlebihan dan tidak semestinya akan membersihkan kotoran atau daki, walaupun ia mungkin berbau harum.

Terapi Kecantikan Dengan Menggunakan Api Di China

Terapi Kecantikan Dengan Menggunakan Api Di China | Ini adalah salah satu cara untuk mencantikan wajah di negara china. Kaedah yang dibuat ini dikenali sebagai HuÇ’ Liao yang berfungsi untuk merehatkan otot, menyegarkan mata, dan sebagainya .





Pelakon komedi terkenal S.Shamsuddin meninggal dunia

on Tuesday, June 4, 2013

PELAKON komedi terkenal era 1950-an, seniman S.Shamsuddin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Sudin meninggal dunia akibat serangan jantung di keediamannya di Bukit Batu Avenue, Jurong di Singapura sekitar pukul 10.56 pagi ini.
Menurut anak perempuan Pak Sudin, Noredah bapanya tidak mengadu ada mengadu apa-apa kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Bapa tidak ada mengadu apa-apa kesakitan sebelum beliau meninggal dunia. Kami sekeluarga agak terkejut dengan pemergiannya. Tolong doakan yang terbaik untuk bapa,” kata Noredah ketika dihubungi Yahoo! Malaysia.

Tambah Noredah, Allahyarham sememangnya sudah lama menderita sakit dan menjalani rawatan di hospital di Singapura selepas mengalami keretakan tulang pinggul setelah jatuh dari katil di rumah anaknya. 



Selain itu, Pak Sudin juga mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-parunya – iaitu penyakit yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu. 

Pengebumian akan berlangsung pada hari esok di tanah perkuburan Islam Jurong. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puteh Esmoon dan tujuh orang anak.

Yahoo! Malaysia mengucapkan sekalung takziah kepada keluarga Pak Sudin. Moga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Biodata: 
Pak Sudin atau nama penuhnya Sahamsudin Dali dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura. Beliau terkenal sebagai pelakon dan pelawak filem Melayu sekitar tahun 1950an dan 1960an. 

Sinonim dengan watak-watak lucu dalam filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee termasuk Nujum Pak Belalang, Dia Ibuku, Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.

Allahyarham turut menbintangi filem seram Pontianak Harum Sundal 2 arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba pada tahun 2005. 

Beliau pernah dianugerahkan Aktor Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-2 (FFM2) pada tahun 1981. Tiga tahun lalu, Allahyarham turut dinobatkan Anugerah Khas Aktor Komedi di FFM22. 

[Sumber]

Menambah Saiz Panjang Kaki Di Jepun

Perempuan Jepun banyak yang mempunyai betis dengan ukuran pendek, bagi mereka yang berkeinginan untuk mempunyai betis panjang ternyata harus menebusnya dengan cara yang cukup menyakitkan. Gambar-gambar di bawah ini menceritakan bagaimana perempuan Jepun harus rela "mencantikkan" kakinya untuk memasang alat peregang agar betisnya boleh bertambah panjang ukurannya. Dengan pembedahan ini konon saiz betis seseorang boleh bertambah panjang hingga 8 inci, bayaran yang dikenakan juga sangat mahal kerana pesakit harus membuat pembayaran sehingga $30,000.











10 FOBIA YANG PALING PELIK DI DUNIA

10 FOBIA YANG PALING PELIK DI DUNIA

Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: Ketakutan yang amat sangat akan sesuatu.

Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.


Optophobia: Fobia untuk membuka mata
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.

Chorophobia: Fobia terhadap tarian
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.

Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.

Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut
Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!

Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari
Pastinya satu keadaan yang amat sukar untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Pertama, sukar untuk dilakukan, kedua, tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Mula daripada rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.

Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam
Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.

Neophobia: Takut kepada benda-benda baru
Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.

Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara
Rasanya ramai yang ada masalah sebegini, cuma mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.

Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri
Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, walau bagaimanapun adakalanya melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.

Geniophobia: Takut kepada dagu
Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.

Mesti Baca!!! : Kisah Budak penjual Kuih

Gambar hiasan semata-mata

Mesti Baca!!! : Kisah Budak penjual Kuih | Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan saya.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawab saya ringkas.

Dia berlalu pergi. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya melihat kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan yang lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya memerhati budak itu sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman.




[INFO SEJARAH] SEJARAH KONGSI GELAP

on Monday, June 3, 2013

Sejarah Kongsi Gelap
Kegiatan mereka bukan lagi tertumpu kepada pemerasan, penculikan, ugutan, perniagaan dadah, rompakan, perjudian haram, pelacuran, penjualan cakera padat cetak rompak, pemerasan wang perlindungan terhadap kegiatan pelacuran, penari, rumah urut, peniaga kecil, dan juga kegiatan Ah Long.


Sekarang, kegiatan kongsi gelap secara serius telah mula meresap dan mengubah lanskap politik negara. Mereka telah dilihat sebagai pencatur. Mereka telah mula menonjol berikutan keterlibatan golongan usahawan, dan penggiat politik secara lansung atau tidak ke dalam kumpulan mereka.

Petikan akhbar:

Kit Siang lapor polis ancaman bunuh Presiden MCA

PETALING JAYA 27 Julai - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sini berhubung ancaman bunuh yang diterima Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat…

Utusan Malaysia
27/07/2009

_______________________________________________

Beberapa lagi 'jerung besar' ah long akan ditahan

KUALA LUMPUR 20 Julai – Polis akan membuat beberapa lagi siri tangkapan 'jerung besar’' yang terlibat dalam sindiket peminjam wang haram atau ah long termasuk yang bergelar Datuk dalam masa terdekat…

Utusan Malaysia
20/07/2009

_______________________________________________

Ah Long heads could be politically-linked

KUALA LUMPUR July 13 — The police have not ruled out the probability that two key members of Malaysia’s largest ’Ah Long’ (loan shark) network could be familiar names in the political fraternity.

Initial police investigations have revealed that the two were among six people who had jointly headed the network which had international connections in drug trafficking and prostitution, among others…

Utusan Malaysia
14/07/2009

_______________________________________________

Siapa Kongsi Gelap ini... Lihat sejarahnya…

Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina.

Kapitan Chung Ah Kwee, ketua kumpulan Kongsi Gelap Larut Hai San 1887

Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa-bangsa lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain-lain. Kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.

Khaw Boo Aun (1835 - 1906) Setiausaha Persatuan Ghee Hin Sum Hup, juga Pengurus kewangan Raja Abdullah

Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang dipuja-puja. Malah di dalam sumpah setia meraka, mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".


Sebab-sebab penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina
1. Kewujudan kongsi-kongsi gelap di China Selatan
Kebanyakan orang Cina yang berhijrah secara ramai-ramai ke Negeri-negeri Selat dalam abad ke-19 merupakan bekas ahli kongsi-kongsi gelap di negara China. Tradisi kongsi-kongsi gelap ini telah diteruskan oleh orang Cina di Negeri-negeri Selat.

Tukang gunting Cina di Malaya pada tahun 1876

2. Keperluan organisasi bagi perlindungan dan bantuan bersama
Orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di negara China dan terdiri daripada berbagai-bagai suku. Mereka juga mempunyai bahasa pertuturan dan adat yang berlainan. Faktor-faktor ini dan keadaan sekeliling yang baru telah menyebabkan orang Cina memasuki kongsi gelap yang seketurunan bagi tujuan perlindungan diri dan bantuan bersama. Selain daripada menjalankan kegiatan-kegiatan jenayah, kongsi-kongsi gelap ini merupakan persatuan kebajikan dan sosial. Mereka membantu ahli-ahli yang berada dalam kesusahan, menguruskan pengebumian ahli-ahli yang meninggal dunia dan membantu ahli-ahli mencari pekerjaan.

3. Kewujudan peluang-peluang kekayaan dan kuasa
Kongsi-kongsi gelap juga ditubuhkan dengan tujuan menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran.

Pelombong Ghee Hin


4. Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat

Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat telah menggalakkan penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina. Pegawai-pegawai awam dan pasukan polis tidak mencukupi untuk mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap. Pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan, tiada terdapat seorang pegawai pun sebelum tahun 1867 yang boleh bertutur dalam bahasa Cina atau memahami adat orang Cina. Tiada terdapat jentera kerajaan sebelum tahun 1877 bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan kaum Cina di Negeri-negeri Selat. Malahan tiada terdapat kakitangan kehakiman yang mencukupi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah. Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina.

Langkah-langkah mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap Cina

1. Sebelum tahun 1867

Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Pentadbiran Negeri-negeri Selat sehingga tahun tersebut adalah di bawah kawalan Kerajaan India yang telah mengamalkan sikap tidak peduli dalam hal ehwal tempatan. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman.

Senjata yang digunakan ketika peperangan Larut antara Kongsi Gelap Hai San dan Ghee Hin


2. Selepas tahun 1867

a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867
Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan.

b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869
Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.

c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877
Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina.

d. Kelulusan Undang-undang
Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan
e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889
Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain.

Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerjaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini.

Jika seseorang terlibat didalam aktiviti kongsi gelap atau jenayah, maka mereka boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

DIBAWAH ORDINAN DARURAT 5/69
Mengikut sek. 3 Ordinan Darurat anda boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari. Berikutnya dibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahun

Atau

Dibawah sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh diperintahkan kediaman terhad disesebuah tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun.


Michael Douglas dedah seks oral penyebab kanser


Aktor filem "Haywire", Michael Douglas mendedahkan bahawa kanser tekak yang dihidapinya adalah disebabkan seks oral yang dilakukan kepada wanita.
Bercakap kepada akhbar The Guardian, pengakuan tersebut dibuat selepas Douglas ditanya jika dia menyesal tabiatnya yang gemar merokok dan minum menyebabkan kanser itu berlaku.
"Tidak. Saya enggan menjelaskan secara spesifik, tetapi kanser sebegini sebenarnya disebabkan oleh HPV (Human Papilloma Virus) , iaitu daripada kunilingus (seks oral kepada wanita)," jelasnya.
Masalah kesihatan Douglas bermula beberapa bulan selepas anak sulungnya hasil perkahwinan pertama bersama Diandra Luker, Cameron, dipenjara kerana memiliki dan mengedar dadah.
Aktor berusia 68 tahun ini mengakui pada mulanya dia menyangkakan penyakitnya itu terjadi disebabkan tekanan berikutan kes anaknya itu.
"Pada mulanya saya bimbang jika ia disebabkan masalah yang dihadapi oleh anak saya. Namun ya, ianya adalah jangkitan penyakit kelamin yang menjadikan kanser," katanya lagi.
Suami kepada aktres Catherine Zeta-Jones telah didiagnos pada Ogos 2010 selepas tumor sebesar kacang walnut ditemui di lidahnya.
Selepas disahkan doctor berada di tahap keempat, Douglas mengambil masa enam bulan untuk memerangi kanser dengan menjalani proses kemoterapi dan radiasi.
Walaupun telah disahkan bebas kanser, Douglas masih perlu menjalani pemeriksaan setiap enam bulan.

Wanita Yang Terkencing Dalam Seluar

Wanita Yang Terkencing Dalam Seluar | Gambar-gambar ini mungkin boleh dijadikan pengajaran bagi para gadis agar tidak menangguhkan atau menahan keinginan buang air kecil, kerana pertahanan perempuan untuk hal yang satu ini sangat berbeza dengan lelaki. Mungkin kerana "lobangnya" lebih lebar berbanding lelaki sehingga menyebabkan perempuan mudah kencing semasa tidur saat menahan keinginan untuk membuang air kecil.


Tidak tahu apa penyebab para gadis ini sehingga mereka menahan keinginan untuk kencing, dan akhirnya terlencing sebelum mereka melepaskan seluar untuk mengeluarkan di tempat yang semestinya mereka gunakan untuk buang air kecil.











Soalan Teka-Teki Yang Hampir Semua Penduduk Bumi Tak Dapat Jawab



Soalan ini merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ni tak dapat jawab soalan ni..hanya 2% sahaja orang yang dapat jawab? jadi adakah korang termasuk dalam 2% tu? cuba jawab soalan ni..jawab dengan jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yang lain!

Ini merupakan soalan tersebut :-

~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.


SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??


Antara petunjuk yang di beri :

1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??


Lebuhraya Padang Pasir Terpanjang Di Dunia

Lebuhraya merupakan salah satu laluan alternatif yang sering digunakan oleh pengguna jalan raya. Kalau dahulu jika kita mahu ke sesebuah tempat, sudah tentu ia akan memasuki jalan-jalan kecil menyusuri beberapa tempat, namun dengan adanya lebuhraya, masa akan menjadi singkat sahaja. Jadi tidak hairanlah jika kita dikenakan caj tol bagi setiap destinasi yang ingin ditujui. 

Lebuhraya merupakan laluan jaringan pengangkutan yang paling utama di seluruh dunia.. Namun, di China, terdapat sebuah lebuhraya yang terletak di padang pasir telah menjadi lebuh raya terpanjang di dunia.. Nak tahu sebab apa, meh usha kat bawah ni..
Lebuhraya padang pasir Tarim merupakan laluan yang terletak di Taklamakan, China dan menghubungkan bandar-bandar Lantau Minfen. Panjang lebuhraya ini ialah 552km dengan kira-kira 446km dibina merentasi kawasan yang tidak didiami manusia dengan bukit-bukit sehingga 20 meter tinggi melindungi lebuhraya berkenaan.
Dalam usaha untuk menangani masalah pencerobohan pasir bukit, barisan tumbuh-tumbuhan telah ditanam di kedua-dua belah jalan. Sistem pengairan secara besar-besaran telah dibina untuk membekalkan sumber air dari tangki simpanan bawah tanah untuk tumbuhan ekosistem tiruan tersebut. Beratus-ratus orang pekerja telah diupah dan mereka diletakkan setiap empat kilometer di sepanjang jalan untuk menjaga tumbuh-tumbuhan agar berada dalam keadaan baik. Sumber air di padang pasir itu datang dari sebuah telaga, iaitu akuifer pada kedalaman 100 meter. Walaupun terdapat kandungan garam yang tinggi di dalam air itu, tumbuhan di sepanjang jalan raya itu masih dapat terus hidup.



Dalam tempoh lima tahun, kerajaan telah melakukan eksperimen dengan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh hidup dalam keadaan ekstrem padang pasir. Pada tahun 1999, sebuah projek permulaan zon tumbuhan di sepanjang bahagian 6.3 kilometer lebuh raya telah selesai dilaksanakan. Pada tahun 2001, projek ini telah dilanjutkan sehingga 30.8 kilometer di sepanjang lebuh raya berkenaan. Projek ini akhirnya diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2003. Hari ini, hampir empat per lima lebuh raya tersebut dikelilingi oleh penanaman tumbuhan pada keluasan 72 meter lebar, yang meliputi kawasan seluas lebih 3,000 hektar.
Di lebuhraya padang pasir Tarim turut mempunyai nilai ekonomi yang besar, di mana ia menjelaskan mengapa langkah-langkah yang mahal dan rumit perlu diambil untuk menjaganya. Lebuh raya ini dibina pada tahun 1995 sebagai perkhidmatan kepada saluran paip minyak, yang berada di bawah padang pasir Taklamakan itu. Di bawah pasir ini terdapat sumber minyak terbesar di China Gas. Lebuh raya bukan sahaja membolehkan akses secara langsung kepada sumber-sumber yang terletak di bawah Lembangan Tarim, tetapi juga boleh dijadikan jaringan pengangkutan bagi barang-barang dan sumber-sumber dari medan minyak tersebut. Oleh kerana kawasan ini tidak didiami manusia, stesen minyak dan beberapa restoran telah dibina pada titik perantaraan di sepanjang lebuh raya untuk perkhidmatan kepada pelancong.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved