TIPS MUDAH PAYUDARA KEKAL ANJAL

on Sunday, April 20, 2014


Penjagaan rapi, saiz coli dan senaman yang betul membentuk kesempurnaan

Ketika masih anak gadis, payudara wanita semestinya cantik membulat, anjal dan padat. Selepas usia mencecah usia 30-an terutama bermula 35 tahun dan ke atas, bentuk payudara akan mulai berubah menjadi mengendur dan tidak seanjal waktu muda dulu. 

Antara faktor lain, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh dan pengabaian penjagaan aset itu menyebabkan payudara jatuh atau kurang menarik. 

Disebabkan faktor berkenaan, pelbagai cara dilakukan dan pendekatan berbeza dilakukan wanita untuk memastikan bentuk payudara untuk kekal menarik, antaranya menyapu krim menganjalkan payudara, melakukan pembedahan kosmetik, selain mengambil makanan tambahan yang mengandungi kolagen. 

Sedar atau tidak, perkara asas malah paling utama perlu diketahui wanita ialah pemilihan dan pemakaian coli secara betul dan sepatutnya diamalkan sejak remaja lagi, di samping pemakanan seimbang atau aktiviti senaman untuk kesihatan anggota itu. 

Sememangnya kerana kurang pendedahan terhadap penjagaan payudara, ramai terpaksa berhadapan dengan masalah kecantikan aset berkenaan. 


Salah pakai coli 

Mengikut Pakar Pengamal Perubatan Cina, K H Lau, cara mengenal pasti wanita itu tidak memakai coli dengan cara betul adalah melihat kepada lelemak yang terkumpul di belakang badannya. 

Jelasnya, dalam mengekalkan payudara yang cantik, wanita perlu menyeluk bahagian tepi payudara sebelah ketiak, menolaknya ke depan dan menongkat asetnya itu ke atas ketika memakai coli. 

Melalui cara itu, segala lemak perlu yang mengisi payudara dapat dikumpul kemas dalam mangkuk coli. 

“Kita lihat, ramai yang belakang badannya khususnya pada bahagian tepi berlipat dengan tali coli sehingga tampak berlapis-lapis membuatkan jelas kelihatan lemak terkumpul. 

“Ini kerana ketika memakai coli mereka tidak menarik payudara mereka ke depan dengan betul dan akibatnya, lemak yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada payudara sudah ‘tertolak’ ke tepi dan belakang badan,” katanya yang turut menafikan ia berlaku disebabkan kerana saiz badan gempal. 

Pemakaian coli tidak sesuai juga katanya membuatkan bentuk payudara wanita kurang menarik. 

Senaman joging, jelas Lau juga tidak sesuai kerana ia akan membuatkan payudara lebih mudah kendur akibat graviti. 


Instrumen senaman payudara 


Melihat alternatif lain untuk mengembalikan bentuk payudara cantik, ada satu alat senaman payu dara dari Taiwan yang direka pereka tempatan yang ketika pameran Perdagangan Kecantikan Profesional Malaysia 2014 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini. 

Daripada pengamatan, alat ini berfungsi seperti mesin mengepam susu badan, namun corong mengepam tertumpu kepada keseluruhan payudara berbanding hanya sekitar puting. 

Lau berkata, apabila mengepam ia menarik aliran darah untuk dilepaskan ke jantung. Menggunakan alat senaman itu sekurang-kurangnya setengah jam sehari dikatakan akan meningkatkan aliran darah menjadikan payudara sihat dan cantik. 

“Bentuk payudara yang menawan membuatkan wanita bukan saja kelihatan menarik memakai apa jua baju, malah lebih berkeyakinan termasuk dengan pasangannya,” katanya.

Telan ‘Belon’ Tangani Masalah Kegemukan

on Thursday, January 23, 2014


London – Pesakit mengalami obesiti yang terdesak untuk mengurangkan berat badan kini boleh menelan belon di dalam pil menerusi kaedah perubatan terbaru bagi menangani masalah kegemukan.
Tidak seperti rawatan belon gastrik, Obalon tidak memerlukan pembedahan invasif. Sebaliknya, prosedur 10 minit itu hanya memerlukan pesakit menelan kapsul bersaiz sebesar pil vitamin yang mengandungi belon kempis.
Kapsul itu dilekat kepada kateter mikro dan sebaik saja kapsul itu hadam di dalam perut, belon itu akan mengembang menjadi sebesar saiz sebiji epal. Kapsul itu akan larut dan katerer akan dikeluarkan dari mulut.
Belon itu akan berada di bahagian atas perut, menyebabkan pesakit rasa kenyang dengan harapan pesakit akan mengurangkan makan dan seterusnya berat badan akan berkurangan. Pesakit akan menerima belon kedua 30 hari selepas prosedur pertama dengan pilihan belon ketiga selepas kira-kira 60 hari, berdasarkan penurunan berat badan mereka dan kekenyangan yang dialami.
Pada akhir rawatan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan, belon itu akan mengecut dan dibuang melalui rawatan endoskopi. Obalon berharga £2,995 (RM16,469) untuk dua rawatan belon. Ia boleh didapati di beberapa hospital dan klinik di sekitar London.

Jadikan Amalan Membaca Satu ‘Ketagihan’


PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia perlu menjadikan amalan membaca sebagai ‘ketagihan’ kerana menerusi pembacaan mereka boleh menjadi masyarakat berproduktiviti tinggi dan mampu bersaing di persada dunia yang semakin mencabar.
Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata dalam dunia tanpa sempadan ketika ini peluang menimba ilmu tersebar luar, justeru masyarakat tidak harus lagi memberikan sebarang alasan.
Katanya minat membaca bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan penulisan dan penerbitan bahan bacaan di negara ini, bahkan juga akan melahirkan lebih ramai intelektual yang dapat menembusi pasaran antarabangsa.
“Dunia kini menuntut kita menguasai seberapa banyak ilmu kerana ilmu itu tiada sempadan. Tiada lagi alasan untuk malas membaca kerana bahan bacaan hari ini terdapat dalam pelbagai bentuk secara bercetak dan juga tidak bercetak,”
katanya ketika merasmikan ‘Karnival Buku Sektor Pengajian Tinggi 2014′, di sini hari ini.
Katanya penjawat awam juga perlu menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai gaya hidup bagi menjadi golongan yang aktif, kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam menjayakan agenda pembangunan negara. – BERNAMA

Ketahui 5 Jenis Makanan Yang Perlu Dijauhkan Dari Kanak-Kanak

on Wednesday, January 22, 2014


Setiap ibubapa menginginkan anak mereka membesar dengan sihat. Salah satu faktor anak-anak membesar dengan sihat adalah pemakanan. Namun, kini terdapat pelbagai jenis makanan yang tidak sihat lebih-lebih lagi jenis makanan segera atau Instant Food / Fast Food
Golongan dewasa tentulah faham yang makanan sihat itu terdiri daripada bahan-bahan segar seperti ayam, ikan, salad dan sayuran hijau. Buah-buahan segar pula digunakan sebagai pencuci mulut atau pembuka selera. Keadaan berlaku sebaliknya kepada kanak-kanak. Mereka menganggap makanan sedemikian sebagai jijk, membosankan, hambar dan lebih teruk ia dianggap sebagai racun !
Keadaan inilah yang menyebabkan kanak-kanak berperang dengan makanan dan isu ini adalah sangat mengecewakan. Namun adalah penting terutamanya ibu bapa menjadi contoh terbaik menggalakkan pemakanan sihat. Yakinlah, bahawa suatu hari nanti, anak anda akan berterima kasih kepada anda kerana menyuapkannya dengan makanan yang sihat.
Saban hari, terlalu banyak makanan yang nampak lazat tetapi pada hakikatnya makanan tersebut mengandungi nilai pemakanan yang kecil berbanding pengawet, gula dan lemak yang digunakan.
Tetapi, bagaimana anda boleh tahu makanan yang boleh dielakkan ?
Untuk membantu anda membuat keputusan, terdapat 5 senarai makanan yang perlu dielakkan tetapi lazim diberi kepada kanak-kanak di Malaysia sama ada bersarapan, makan tengahari, makan malam atau makanan ringan.

Periksa kandungan gula dalam bijirin semasa sarapan pagi
1. Bijirin untuk sarapan pagi.
Tidak dinafikan, apabila tiba waktu bersarapan, bijirin menjadi salah satu pilihan ibubapa di Malaysia untuk anak-anak bersarapan. Setiap hari kita dimomokkan di televisyen dengan iklan-iklan bijirin yang dimakan bersama susu dan sebagainya. Bijirin sememangnya mensasarkan kanak-kanak kerana golongan itu mudah dipengaruhi. Ditambah pula dengan pembungkusan yang menarik dan berwarna-warni. Hakikatnya, kuantiti gula yang digunakan amatlah melebihi keperluan bagi seorang kanak-kanak.

Jauhi burger dan daging proses yang lain
2. Daging proses
Ya, daging proses memang cepat untuk disediakan. Cuma keluarkan dari peti sejuk, dinyahbeku kemudian goreng dan siap untuk dimakan. Namun tidak kita perasan bahawa makanan ini sebenarnya ibarat span menyerap minyak masak yang digunakan semasa menggoreng ditambah lagi dengan pengawet digunakan. Ini akan meningkatkan lagi risiko sakit jantung dan lebih teruk lagi kanser. Kesannya tidaklah drastik tetapi jangka masa panjang.

“French Fries” tidak bagus untuk kesihatan
3. Kentang Goreng
Tiada cara lain mengelakkan makanan ini sekiranya memang sudah tersenarai dalam makanan mingguan anak-anak anda. Namun masalah sebenar adalah apabila member anak-anak kentang goreng setiap kali makan. Kentang goreng tidak menyediakan nilai nutrisi kepada anak-anak, sebaliknya kandungan lemak dan garam yang amat tinggi!



Makan pizza kerana malas masak tidak sepatutnya berlaku
4. Pizza
Dibandar, khususnya Kuala Lumpur, makanan segera seperti pizza ini tidak asing lagi. Ibu bapa yang penat seharian bekerja memlilih untuk menghubungi pizza dan menunggu ianya sampai di depan rumah. Namun ia sememangnya tidak sihat kerana pengawet disamping lemak dan kalori yang tinggi.

Kurangkan pemakanan keropok dan makanan bergoreng
5. Snek Ringan / Keropok.
Kebanyakan makanan jenis ini dihasilkan dengan tepung yang diproses kemudian ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang boleh menyebabkan tahap kolestrol yang tinggi. Oleh hal yang demikian, amatlah tidak digalakkan sama sekali untuk memberi anak-anak anda memakan snek seperti ini
Kesimpulannya, sekiranya anda memahami cadangan sebenar, adalah dijamin anak anda akan berasa dan menikmati hidup yang lebih sihat pada masa akan datang.
sumber: siraplimau.com

Kebaikan Berlari Sambil Mendengar Muzik

on Thursday, June 6, 2013

Walaupun memenatkan, tetapi dengan iringan muzik, aktiviti berlari sememangnya menyeronokkan di samping memberikan motivasi kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan.

Kajian yang dibuat oleh Runner’s World terhadap seramai 3,523 pelari di seluruh dunia mendapati bahawa seramai 73% daripada pelari tersebut lebih gemar berlari sekiranya ditemani dengan muzik.



Di samping itu, kajian saintifik yang dibuat oleh Profesor Andy Lane, seorang pakar psikologi sukan dari Universiti Wolverhampton juga menunjukkan bahawa muzik membantu meningkatkan lagi motivasi untuk banyakkan berlari. Tambahnya lagi, kebanyakan orang akan memberi pertimbangan kepada lima perkara berkaitan muzik sebelum berlari iaitu rentak, genre, lirik, memori yang dibawa oleh muzik serta kompilasi lagu.


Dalam pada itu, Profesor Costas Karageorghis dari Universiti Brunei juga mendapati bahawa muzik bukan sahaja menggalakkan orang ramai untuk bersenam, malah, muzik yang disenangi membantu pelari dari banyak memberikan perhatian terhadap rasa sakit atau lenguh ketika berlari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved