Kejam! Tradisi Cincang Khinzir Hidup - hidup

on Saturday, April 27, 2013




Festival tahunan ini diadakan di Nem Thuang iaitu sebuah bandar yang terletak di Vietnam kira-kira 25 batu dari utara Hanoi. Festival ini diadakan sebagai tanda penghormatan kepada dewa pelindung iaitu Doan Tuong pada hari ke-6 kemunculan tahun baru.



Festival ini disambut sebagai satu perayaan yang meriah dengan menganjurkan perarakan serta pertunjukkan muzik. Salah satu upacara dalam festival ini yang amat memeranjatkan Admin ialah upacara mencincang khinzir hidup-hidup. Dalam upacara berkenaan, seekor khinzir akan dilentangkan di atas permukaan tanah yang beralaskan kanvas dan para pembantu pula akan memegang tali yang diikat pada kaki khinzir berkenaan  supaya khinzir yang hendak dikorbankan itu tidak melarikan diri. Seterusnya, seorang lelaki yang membawa sebilah parang besar akan mencincang khinzir berkenaan kepada dua bahagian. Para pengunjung yang menyaksikan upacara ini segera menyapukan darah khinzir berkenaan pada wang kertas masing-masing kerana mereka percaya bahawa aktiviti berkenaan dapat membawa tuah untuk tahun baru.






(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada laman amekaw.com)


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved