Hubungan Emma Maembong & Anak Saya Sudah Terjalin 2 Tahun – Ibu Zizan Razak

on Saturday, April 27, 2013


Ramai lagi yang masih tertanya-tanya identiti gadis yang berjaya mencuri hati Zizan Razak. Walaupun sudah dinafikan, masih kuat lagi spekulasi yang menyatakan gadis tersebut adalah Emma Maembong. Mungkinkah spekulasi tersebut akan bertambah kuat selepas kenyataan daripada ibu Zizan ini?
zizanemma
Menurut ibu Zizan, Emma Maembong pernah datang beraya di rumahnya kira-kira 2 tahun yang lepas. Katanya kepada portal Murai:-
Saya tak tahu sejauh mana seriusnya hubungan Zizan dan Emma, yang saya tahu hubungan mereka terjalin sejak 2 tahun lalu lagi. Seingat saya ketika itu, Emma ada datang ke rumah terbuka kami dan saya hanya anggap dia datang sebagai kawan Zizan ketika itu. Setakat ini, Zizan tidak pernah pun bercerita secara serius mengenai Emma kepada saya dan saya hanya baca cerita mengenainya di akhbar.
zizanemma
Rasanya kalau Emma Maembong jadi kekasih Zizan, ramai yang akan gembira. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Cuma mungkin jarak usia yang lebih kurang 10 tahun akan menjadi sedikit masalah. Namun kalau dah cinta, apa saja halangan mampu dirempuh. Tak bagitu?

sumber : beautifulnara
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved