Mati Kerana Aksi Terjun Jambatan 40 Meter (Parkour)

on Saturday, April 27, 2013



Seorang remaja lelaki di China yang berusia 21 tahun mati ketika cuba melakukan aksi "Parkour". Wang Zijian peminat tegar aksi "Parkour" dikatakan telah cuba melakukan aksi "Parkour" dengan terjun dari jambatan Sungai Tuojiang yang setinggi 40 meter.



Setelah Wang menyerahkan dompet dan telefon bimbitnya kepada rakan yang lain, beliau kelihatan bersedia untuk melakukan terjunan. Rakannya juga telah bersedia untuk merakamkan aksi terjunan Wang berkenaan.


Namun, malang bagi beliau kerana aksi itu adalah aksi "Parkour" yang terakhir dilakukan olehnya. Wang dipercayai mati akibat lemas setelah pengsan kerana kesan kuat hentaman air keatas badannya.











(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan dari laman kezoom.blogspot.com)

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved