Michael Douglas dedah seks oral penyebab kanser

on Monday, June 3, 2013


Aktor filem "Haywire", Michael Douglas mendedahkan bahawa kanser tekak yang dihidapinya adalah disebabkan seks oral yang dilakukan kepada wanita.
Bercakap kepada akhbar The Guardian, pengakuan tersebut dibuat selepas Douglas ditanya jika dia menyesal tabiatnya yang gemar merokok dan minum menyebabkan kanser itu berlaku.
"Tidak. Saya enggan menjelaskan secara spesifik, tetapi kanser sebegini sebenarnya disebabkan oleh HPV (Human Papilloma Virus) , iaitu daripada kunilingus (seks oral kepada wanita)," jelasnya.
Masalah kesihatan Douglas bermula beberapa bulan selepas anak sulungnya hasil perkahwinan pertama bersama Diandra Luker, Cameron, dipenjara kerana memiliki dan mengedar dadah.
Aktor berusia 68 tahun ini mengakui pada mulanya dia menyangkakan penyakitnya itu terjadi disebabkan tekanan berikutan kes anaknya itu.
"Pada mulanya saya bimbang jika ia disebabkan masalah yang dihadapi oleh anak saya. Namun ya, ianya adalah jangkitan penyakit kelamin yang menjadikan kanser," katanya lagi.
Suami kepada aktres Catherine Zeta-Jones telah didiagnos pada Ogos 2010 selepas tumor sebesar kacang walnut ditemui di lidahnya.
Selepas disahkan doctor berada di tahap keempat, Douglas mengambil masa enam bulan untuk memerangi kanser dengan menjalani proses kemoterapi dan radiasi.
Walaupun telah disahkan bebas kanser, Douglas masih perlu menjalani pemeriksaan setiap enam bulan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© JomLepak! Blog All Rights Reserved