Kehidupan Dalam Pusat Pemulihan Dadah Di Yunnan | Pemulihan dadah ini terletak di daerah Yunnan, China. Cara yang digunakan oleh pusat pemulihan ini lebih tersusun dan teratur jika dibandingkan dengan pusat-pusat yang lain. Terdapat sesi menjahit, sesi melepaskan stress, riadah, permainan dan macam-macam lagi.
Home > All posts
Kehidupan Dalam Pusat Pemulihan Dadah Di Yunnan
Posted by Anonymous on Wednesday, June 5, 2013 at 6:00 PM
Syampu kering sesuai buat mereka kesuntukan masa
Posted by Admin at 6:30 AM
Cucian rambut yang terlalu kerap boleh menyebabkan rambut
anda kering dan warna rambut menjadi pudar. Bagi mengekalkan warna dan
kelembapan rambut, anda dinasihatkan untuk mencuci rambut hanya 2-3 kali
seminggu.
Selain itu, jika anda kesuntukan masa dan perlu untuk
menyegarkan rambut anda (selepas bersukan, sebelum keluar malam dan
sebagainya), 'dry shampoo' atau syampu kering berfungsi sebagai pilihan yang
hebat, terutama sekali sesuai buat wanita moden yang sering sibuk bekerja!
Syampu kering adalah bahan serbuk yang digunakan untuk
membersihkan rambut apabila anda mahu melanjutkan tempoh rambut yang telah
digayakan atau apabila anda enggan menggunakan air dan syampu biasa.
Apabila rambut anda kelihatan berminyak, biasanya hanya akar
(dekat dengan kulit kepala) yang perlu dibersihkan. Bahan-bahan dalam syampu
kering akan menyerap minyak dan kotoran pada kulit kepala, sekaligus menjadikan
rambut anda kelihatan segar tanpa membuang banyak masa.
Terdapat dua jenis syampu kering iaitu yang berbentuk serbuk
dan berbentuk aerosol (semburan). Serbuk syampu kering boleh digunakan terus ke
kulit kepala dari botol dengan menggunakan berus rambut atau diurut menggunakan
tangan.
Aerosol syampu kering boleh disembur beberapa inci dari
kulit kepala dan boleh menggunakan berus rambut atau diurut kawasan kulit
kepala tersebut.
Tidak kira yang mana menjadi pilihan anda, syampu kering
tetap akan membantu untuk menyerap minyak berlebihan dan tidak semestinya akan
membersihkan kotoran atau daki, walaupun ia mungkin berbau harum.
Terapi Kecantikan Dengan Menggunakan Api Di China
Posted by Anonymous at 6:00 AM
Terapi Kecantikan Dengan Menggunakan Api Di China | Ini adalah salah satu cara untuk mencantikan wajah di negara china. Kaedah yang dibuat ini dikenali sebagai HuÇ’ Liao yang berfungsi untuk merehatkan otot, menyegarkan mata, dan sebagainya .
Maya Karin bercinta dengan orang jauh?
Posted by Admin at 12:30 AM
Kisah percintaan Maya Karin seringkali menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi selepas bercerai dengan suaminya, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali pada tahun 2010.
Seringkali dikaitkan dengan beberapa aktor popular, aktres dan penyanyi jelita ini menafikan dan tidak pernah melatah dengan khabar angin yang mengaitkannya.
Namun kini Maya tidak berselindung mengatakan dia kini dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka dari luar negara, tetapi enggan tergesa-gesa untuk menjalinkan hubungan serius.
"Saya ada mengenali seseorang tetapi dia berada jauh daripada saya dan jarak kami beribu-ribu kilometer. Disebabkan itu, saya enggan menaruh harapan tinggi pada hubungan kami. Jika terjadi, jadilah dan kalau tidak, tak mengapa. Saya hanya ikut sahaja bagaimana," ujarnya yang enggan mendedahkan identiti jejaka itu.
Maya, 33, mengakui telah beberapa kali mengenali lelaki untuk dijadikan teman, tetapi hubungan mereka tidak berkekalan.
"Saya dah solo sejak tiga setengah tahun dan ada berkenalan dengan beberapa lelaki tetapi hampa kerana hubungan kami tidak dapat kekal lama dan akhirnya kami terpaksa berpisah."
Dalam perkembangan lain, Maya baru sahaja melancarkan single terbarunya, "Bintang Syurga" hasil ciptaan Omar K dan Audi Mok di Hotel Palace Of Golden Horses semalam.
Pelakon komedi terkenal S.Shamsuddin meninggal dunia
Posted by Admin on Tuesday, June 4, 2013 at 8:51 PM
PELAKON komedi terkenal era 1950-an, seniman S.Shamsuddin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Sudin meninggal dunia akibat serangan jantung di keediamannya di Bukit Batu Avenue, Jurong di Singapura sekitar pukul 10.56 pagi ini.
Menurut anak perempuan Pak Sudin, Noredah bapanya tidak mengadu ada mengadu apa-apa kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.“Bapa tidak ada mengadu apa-apa kesakitan sebelum beliau meninggal dunia. Kami sekeluarga agak terkejut dengan pemergiannya. Tolong doakan yang terbaik untuk bapa,” kata Noredah ketika dihubungi Yahoo! Malaysia.
Tambah Noredah, Allahyarham sememangnya sudah lama menderita sakit dan menjalani rawatan di hospital di Singapura selepas mengalami keretakan tulang pinggul setelah jatuh dari katil di rumah anaknya.
Selain itu, Pak Sudin juga mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-parunya – iaitu penyakit yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.
Pengebumian akan berlangsung pada hari esok di tanah perkuburan Islam Jurong. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puteh Esmoon dan tujuh orang anak.
Yahoo! Malaysia mengucapkan sekalung takziah kepada keluarga Pak Sudin. Moga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.
Biodata:
Pak Sudin atau nama penuhnya Sahamsudin Dali dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura. Beliau terkenal sebagai pelakon dan pelawak filem Melayu sekitar tahun 1950an dan 1960an.
Sinonim dengan watak-watak lucu dalam filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee termasuk Nujum Pak Belalang, Dia Ibuku, Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.
Allahyarham turut menbintangi filem seram Pontianak Harum Sundal 2 arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba pada tahun 2005.
Beliau pernah dianugerahkan Aktor Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-2 (FFM2) pada tahun 1981. Tiga tahun lalu, Allahyarham turut dinobatkan Anugerah Khas Aktor Komedi di FFM22.
[Sumber]
















