Kejadian yang berlaku
di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang tersebut melibatkan dua orang mangsa
yang gagal menanggalkan cincin yang melekat pada jari masing – masing. Oleh
yang demikian, jari mangsa yang memakai cincin membengkak.
Menurut laporan, pada jam 6.23 petang semalam, Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Raja, Shah Alam telah menerima panggilan kecemasan daripada Balai Bomba Sri Andalas memotong cincin yang melekat pada jari dua mangsa di hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.
Tiga orang anggota Bomba yang diketuai oleh Mohd Faizal Samsudin bersama dua anggota lain, Mohd Zainal Hashim dan Muhamad Hafiz Hussin telah bergegas ke tempat kejadian.
Mangsa terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan tiga tahun dan seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an.
Kecekapan dan ketelitian anggota-anggota bomba terbabit semasa melakukan kerja mereka akhirnya berjaya memisahkan cincin tersebut daripada jari kedua-dua orang mangsa, Tahniah!
(FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment