Blackberry menjalin perkongsian dengan AngelHack untuk
mengendalikan pertandingan Blackberry-AngelHack Start-Up Challenge Asia
Pasifik, yang menyasar penyertaan usahawan, pemaju dan peminat teknologi.
Syarikat telefon pintar terkemuka global itu dalam
kenyataannya semalam berkata, peserta akan bukan saja berpeluang untuk
memenangi telefon pintar BlackBerry Z10 malah turut memenangi hadiah utama
AS$10,000 (RM30,703).
Peserta perlu menghadiri satu acara AngelHack di Asia
Pasifik dan berdaftar pada majlis acara itu.
Pasukan perlu mengemukakan pelan perniagaan baru pasukan
berkenaan termasuk BlackBerry 10 ketika mengemukakan pendaftaran, katanya.
Acara itu akan diadakan di Cyberjaya pada 8 hingga 9 Jun
ini.
Selepas mendaftar, peserta perlu membuat reka bentuk dalam
tempoh 30 hari dari acara yang dihadiri di AngelHack.
Guna tablet BlackBerry PlayBook
Satu permohonan prototaip yang boleh diguna menggunakan
tablet BlackBerry PlayBook atau platform BlackBerry 10.
Permohonan juga perlu dikemukakan menggunakan BlackBerry 10
Native atau pembangun alatan Web atau kerangka sokongan pembangunan bagi
BlackBerry 10.
Peserta akan dibantu oleh pakar BlackBerry melalui proses
pembangunan itu, katanya.
BlackBerry berkata, dua ahli dari setiap pasukan akan
diterbangkan ke BlackBerry Jam Asia 2013 di Hong Kong, bagi mengambil bahagian
di dalam bengkel pementoran oleh mentor AngelHack dan pakar teknikal dan
pembangunan perniagaan BlackBerry.
Akhirnya, pasukan akan bersaing melawan satu sama lain di
hadapan penonton Jam Asia bagi memenangi hadiah utama, katanya.
BERNAMA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment